Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Lanjutan daripada entri sebelum ini, digariskan beberapa lagi panduan untuk kita, ibu bapa memastikan permainan yang dibelikan untuk anak-anak kita adalah selamat.
- Mainan tersebut sesuai dengan peringkat umur, minat dan kemahiran kanak-kanak. Jangan belikan mainan seperti Lego buat anak yang baru belajar meniarap dan mengutip segala apa yang ada di depan mata, kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya.
- Mainan 'stuffed toys' atau berbulu halus mestilah diperbuat daripada bahan yang sesuai. Sesuatu mainan yang mendatangkan impak alergi atau alahan terhadap anak harus dielakkan.
- Barang permainan dipasang dengan sempurna dan bahagian-bahagian yang kecil tidak mudah tercabut.
- Mainan tidak mudah pecah dan mempunyai bucu tajam dan membahayakan kanak-kanak. Tiada pin atau dawai kokot pada mainan tersebut.
- Cat pada mainan tidak mudah tertanggal.
- PENTING. Jika permainan itu dari jenis bertali, pastikan ia tidak melebihi 30 sm panjang. Tali yang melebihi ukuran ini berisiko untuk membelit kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang berumur 3 tahun ke bawah.
- Elakkan membeli mainan menyerupai makanan, dibimbangi disalahanggap oleh anak-anak.
- Baca tanda amaran keselamatan pada bungkusan mainan sebelum membelinya.
Sekian.
Info daripada brosur KPDNKK - Keselamatan Mainan Kanak-Kanak
Promosi akhir Oktober kredit: khairunisahamzahara.blogspot.com |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D