Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Selagi anda bergelar penyewa terhadap kenderaan yang anda sudah tukar sport-rim, yang sudah anda tambahkan skirt, sudah anda tambah spot light atau sudah anda potong ekzosnya sekalipun, anda masih tertakluk kepada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian;
- Semua perjanjian jual beli adalah bertulis - sebarang perbincangan melalui telefon, lisan, sms atau mms tidak dianggap kontrak atau perjanjian.
- Cetakan halus di dalam surat perjanjian adalah sebahagian daripada perjanjian, JADI anda harus membacanya.
- Harga belian dan terma sewa beli di dalam perjanjian adalah sebagaimana yang telah dipersetujui. Jika ada sesuatu yang anda rasakan menyalahi perbincangan, JANGAN tanda tangan perjanjian tersebut.
- Ansuran bulanan adalah di dalam kemampuan anda
- Pastikan anda tahu mengenai hak-hak anda sebagai penyewa/penjamin di bawah Akta Sewa beli
- Pastikan ada tahu mengenai tanggungjawab anda di bawah kontrak sewa beli. Ini adalah untuk memastikan anda tidak melanggar apa-apa tindakan yang melanggar kontrak.
- Pastikan anda mendokumentasi semua dokumen-dokumen yang berkaitan
- Pembayaran hendaklah dibuat kepada orang yang diberi kuasa oleh syarikat kewangan
&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&&
Anda ada produk tetapi tidak tahu hendak diiklankan di mana. Mungkin kami, pasukan Akademi Bekerja dari Rumah yang mempunyai lebih daripada 100 jaringan blogger dan terus meningkat boleh membantu anda. Dapatkan pakej pengiklanan bermula daripada RM50.00 hari ini. Hubungi Monalita Mansor di facebook atau e-mel monalitamansor@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D