Monday, 7 October 2013

Langkah-langkah Akhir Selepas Kereta Ditarik

Teks   :   Monalita Mansor
Gambar :  Ehsan Pak Ngah Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Maaf, agak lambat menjengah ke blog, waktu sekarang jam 4.46 petang.  Biasanya saya berkeliaran di blog pada waktu pagi, hari ini agak terlambat.  Selain daripada menguruskan sesuatu yang memerlukan saya keluar rumah, badan agak kurang sihat bahana menelan sebiji postan akibat sakit kepala malam tadi.

Apa yang patut kita lakukan SELEPAS kenderaan kita ditarik?


  • minta dokumen bertulis daripada syarikat kewangan yang mengatakan mereka telah menerima kenderaan tersebut.  
  • pastikan dalam masa 21 hari, anda dan penjamin menerima Notis Kelima (5th Schedule) yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada syarikat kewangan
  • sebelum tempoh 21 hari luput, kenderaan tersebut boleh dipulangkan dengan syarat anda membayar semua kos tertunggak dan kos tunai langsung yang meliputi kos penyimpanan, pembaikan dan penyelenggaraan, penarikan dan penghantaran balik yang ditanggung oleh syarikat kewangan
  • ATAU membayar semua baki hutang (full settlement) dan juga kos tunai langsung seperti di atas. 
  • mendapatkan seorang pembeli baru untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang tersebut di dalam notis.


Hakikatnya, apa juga yang berlaku, selagi anda mengetahui hak anda di dalam perjanjian sewa beli, segala-galanya boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Walaupun Aidil Adha bakal menjelma, dan kami juga sibuk dengan persiapan untuk meraikannya, jangan bertangguh untuk mendaftar ke kelas Asas Blog dan Fan Page untuk mula bisnes.  Kelas berjalan setiap hari secara maya dan fleksibel.

Hubungi Monalita Mansor di facebook atau emel monalitamansor@gmail.com untuk daftar masuk kelas.  

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung