Thursday 1 October 2015

Catatan 8 Soalan Analisa Protege KABPK

Assalamualaikum. Catatan daripada 8 soalan analisa oleh protege KABPK.

Teks : Siti Zaiton binti Ahmad


Nama saya Siti Zaiton binti Ahmad, seperti yang telah tercetak di dalam kad pengenalan yang kemana-mana saya bawa. Semasa di sekolah rendah kawan-kawan selalu mengejek saya dengan panggilan ‘ratu minyak’. Yelah kan Zaiton itu kedengaran macam minyak Zaiton jer. Apabila ustazah yang mengajar di kelas memberitahu yang nama Zaiton ni bagus kerana  terdapat dalam Al-Quran kawan-kawan kecil saya itu mula cemburu kerana nama mereka tiada dalam Al-Quran. Apa-apa pun saya bersyukur dengan nama yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya.

Saya belajar cuma hingga ke tingkatan lima  setakat SPM sahaja. Walaupun begitu saya pernah mengikuti kelas menaip sehingga memperolehi sijil perkeranian. Malangnya saya tidak pernah menjadi kerani mungkin sudah tersurat yang saya akan menjadi minah kilang. Walaupun cuma bekerja kilang saya memperolehi banyak pengalaman  yang tersendiri. Saya belajar berdisiplin, menepati masa, mengejar sasaran dan menutamakan kualiti yang paling penting halal.Mula-mula saya rasa menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Terpaksa bersengkang mata apabila tiba syif malam. Orang lain sedap-sedap tidur saya kena berjaga. Kalaulah saya belajar tinggi tak payah bersusah-payah seperti itu. Selepas berhenti kerja di kilang elektronik saya mengorak langkah yang lebih panjang apabila mengikut teman-teman sekampung bekerja di Seremban sebagai operator pengeluaran juga. Agaknya sudah takdir saya  akan menjadi minah kilang lagi.  Genap setahun bekerja di Seremban saya dilamar dan terus berhenti kerja dan mengikut suami ke Tapah Perak.


baca lanjut di blognya Tarian Jemari Ratu Minyak

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung