Thursday, 1 October 2015

Migrain Oh Migrain

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Kulit kepala rasa nak tanggal.
Biji mata kanan pedih dan sakit, macam ditarik-tarik daripada soketnya.
Permukaan kepala rasa berbukit bukau tapi lembik.
Diusik sikit pun, rasa nak menjerit serata alam.
Urat leher sudah semacam paip pvc, keras kejun.
Nampak bantal, rasa nak benam muka, tapi lena tak boleh
nampak lampu rasa nak tembak biar padam
dengar suara televisyen rasa nak sepak tv biar diam

Urat dan sendi rasa tegang macam kena palang pada tiang.

Allah Ya Allah.
Migrain sebelah kepala kanan sahaja...
azabnya berhari-hari hamba-Mu ini menanggung

Laa yusoddahu an ha wala yunzifuun
hamba baca bertalu-talu,
tapi mungkin pergantungan yakin
belum sepenuhnya
maka
kesembuhan juga tidak sepenuhnya.


ampunkan kami, Ya Allah.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung