Friday, 4 September 2015

Program Yasin40 anjuran GMM dan PPAS

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Norhanizah Ismail dan Saniah Mat Sanat
Assalamualaikum dan Salam Kreatif.  Bismillah.
Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Pekan Seri Manja,  Petaling Jaya, Selangor.  Pada hari ini, 4/9/2015 telah berlangsung sebuah program yang dinamakan Yasin 40 yang dianjurkan oleh Grup Mari Menulis (GMM) dengan kolaborasi PPAS Cawangan Pekan Seri Manja dan Sekolah Agama Al Islah Taman Seri Manja serta ahli kariah muslimat Masjid As-Salam PJS1.
Acara bermula pada jam 3.30 petang dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Monalita Mansor yang merupakan wakil GMM. Beliau memaklumkan bahawa objektif program ini ialah sebagai usaha rohani dan doa selamat bagi sekelian warga GMM dan murid-murid Sekolah Agama Al Islah yang akan menduduki UPSR pada minggu hadapan. Tidak ketinggalan juga untuk murid tahun lima yang akan menghadapi peperiksaan UPKK pada bulan Oktober. Majlis ini juga dianjurkan sebagai tanda kesyukuran kerana GMM berjaya melahirkan kumpulan cerpen yang bertajuk Komplot Menulis pada Ramadan lalu.
Acara diakhiri dengan ucapan daripada wakil Sekolah Agama Al Islah yang mengharapkan usaha kerjasama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Jamuan ringan yang ditaja oleh admin GMM mengakhiri majlis tersebut pada sekitar jam 4.00 petang.
Turut hadir ialah admin GMM, Puan Nur Dila dan Pengurus Online Akademi Bekerja Dari Rumah, Puan Saniah Mat Sanat.
Diharapkan majlis sebegini menjadi pemangkin program-program yang lebih besar bagi kedua-dua belah pihak, iaitu PPAS dan GMM dengan kolaborasi erat institusi berkaitan di persekitaran Taman Seri Manja.
Ucapan terima kasih kepada anak-anak yang hadir, mengalunkan bacaan Yasin yang indah. Terima kasih untuk Puan Norhanizah Ismail, pegawai PPAS yang banyak memberikan kerjasama. Pengetua dan guru-guru KAFA Al Islah yang turut menyerikan majlis dan bonda ahli kariah muslimat Masjid As-Salam PJS1.
Semoga Allah membalas kesudian kalian dengan rahmat-Nya. Amin.


No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung