Thursday 17 September 2015

Log Lagi

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Kreatif. Bismillah.
·         Rata-rata, kalau kita baca novel hari ini, semuanya meletakkan prolog di depan bab 1. Prolog tu apa?

Prolog tu kata dek Mr. Google ialah  an event or action that leads to another event or situation.
"civil unrest in a few isolated villages became the prologue to widespread rebellion"

Lebih kurang cetusan, atau gagasan yang menceritakan keseluruhan cerita. Ada juga yang menggarap prolog sebagai usaha awal untuk memperkenalkan watak dan cerita. Di dalam banyak novel, ada pelbagai konsep prolog.

Ada prolog yang ditulis khas, berbeza daripada bab-bab yang ada. Ada juga yang diambil daripada pertengahan bab dan ditambah di sana sini. Ada juga prolog diambil daripada peleraian cerita yang menjadikan teknik plot imbas semula sebagai sebahagian daripada jalan cerita.

Di dalam novel Sunan Musafir, misalnya. RAM membahagikan prolog kepada dua. Pertama, merupakan petikan daripada novel sebelumnya (novel Sunan Musafir adalah sebahagian daripada kisah epik pengembaraan Laksamana Sunan). Prolog kedua ialah memperkenalkan watak dan latar secara ringkas bagi novel Sunan Musafir itu sendiri.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung