Monday 8 September 2014

The Amazing Spiderman with Akmal Adli on 6/9/2014


Akmal Adli dan maknya yang bam-bam (maksud aku...yang bam-bam tu Akmal)
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Monalita Mansor jugak

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.


Merakam momen-momen indah ketika anak-anak membesar adalah kebahagiaan sepasang manusia bergelar mak dan abah. Atau mama dan papa. Atau umi dan walid. Atau...argh! apa sahaja la. Semuanya dah aku lalui, nak-nak masa dapat along dan angah. Masa abang dengan adik, dah perlahan sikit, tapi masih teruja.

Pada 6 September hari tu, bertempat di Taman Puncak Jalil, aku dan keluarga (sudah tentu. Kalau aku seorang aje yang pergi, alamatnya 3 tahun baru sampai) menghadiri majlis temu mesra Zulkaedah (ha..ha...ha) dan sambutan hari jadi Akmal Adli bin Mohd Sufian.

Akmal Adli yang bam bam ini ialah buah hati kedua kepada Pian dan Ria. Permata hati yang sulungnya perempuan, Amanda Qistina tak salah aku namanya. (Siapa nak buat nama heroin novel?)  Pian ni dulu, rakan sekerja aku pada suatu masa dahulu. Pada suatu masa dahulu. Tapi, yelah bak kata cik abang, "orang nismilan memang selamba'. Sillaturrahim masih berlangsung walaupun dah bertahun dia pindah kerja dan aku pun dah menjadi suri rumah tangga. Masa dia kahwin pun aku pergi sebab dah tentunya dia orang Kopilah dan cik abang orang Jolobu. Bukan jauh benar. 
topeng muka yang akhirnya kena tapau

Sambutan bermula jam 3.00 petang dengan tema Spiderman.
Komen Along, "mesti mak dengan abah dia minat Spiderman."
Aku "?"
Kompilasi gambar yang menyentuh hati mak..mak yang tengok

Alhamdulillah, walaupun berpeluh-peluh, sibuk dan sentiasa ingin mencukupkan apa yang tak cukup, tuan rumah berdua ni mesra melayan tetamu.


Alhamdulillah juga, kami sekeluarga tak perlu dilayan sangat. Insya-Allah, setakat nak menghabiskan sate, roti jala, spagetti, nugget, hanya gunakan perkataan "jemputlah makan," laju aje - tak payah suruh-suruh. Haha...senang jemput kami ni. Jadi kalau anda takut makanan habis tapi nak buat majlis makan-makan, jangan jemput kami. Nanti sakit hati...hahaha...

Kalau dah tema Spiderman, mestilah warnanya merah dan biru kan. Kebetulan lah pula cik abang pakai baju belang merah dan biru, yang lain pun masuk tema juga kecuali Ummi dengan Affan. (Abaikan mereka. Mereka memang macam ni)

Setelah merasa (mak aaii...berpinggan-pinggan merasa!) semua menu yang ada. Ditambah pula dengan hidangan tambahan yang diletak dek Pian di meja kami (macam menyindir pun ada...hahaha) berangkatlah kami pulang dengan menapau topeng muka dan topi 'birthday' dan tak tahu apa lagi yang disumbat dek Affan dalam poketnya, kami bergerak pulang.
ini intro sahaja.....


Alhamdulillah. Akmal Adli  yang berumur 2 tahun sekarang, Selamat Hari Lahir. Mama dan papa kamu sangat sayang pada kamu. Dah besar nanti, baca blog ni tau...Sayang mereka kembali. Tiap detik mereka membilang keindahan melihat kamu membesar. Balas jasa mereka tau.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung