Thursday, 27 March 2014

Jerayawara 4 Bersama EMP

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Nur Safwanah Ramly

Assalamualaikum. Salam Serumahtangga dan Bismillah.

Esok saya akan bergerak menuju ke selatan bersama Elee Mardiana, Rafina Mimi, Siti Hanisah, Siti Khatijah Diana dan Zara Aluwi untuk menghabiskan sesi jerayawara di MPH City Square, Johor Bharu dan Pustaka Arris Pasir Gudang, Pasir Gudang.

Seperti jerayawara sebelumnya, perasaan gementar tetap ada. Namun ia semakin mengurang dan bertukar dengan menjadi rasa teruja biarpun sambutannya, tidaklah sehebat sambutan terhadap penulis-penulis yang bernama lainnya.

kenangan di MPH Kinta City 23/3/2014


Namun, saya terus berpegang pada kata-kata Aishah Rosli, ini semua permulaan. Pahit akan manis akhirnya. Saya perlu memacak nama untuk memastikan mesej dalam karya saya sampai. Dalam-dalam saya memanjatkan doa paling kudus, agar saya karya saya diterima sebagai salah satu karya yang dapat memberi manfaat kepada semua.

Anda ingin menambah pendapatan? Menjadi Rakan Niaga Akademi Bekerja di Rumah? banyak kelebihannya. Kalau nak tahu, PM la saya ya.

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung