Friday 12 September 2014

Alahai Anak

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Affan kalau bikin drama swasta, serahlah pada dia. Kalau dia terlibat seorang diri nak tunggang terbalik, tak adalah mak dia yang seorang ni hairan. Masalahnya, bila dia melibatkan pelakon ekstra yang seorang ni, haru-biru dibuatnya. 

Al kisah, hari ni dia menyambung cuti. Pak Nazir di rumah sudah meluluskan cuti, dia lagilah gembira. Pengecas komputer riba milik kakaknya saya sorokkan. Dalam erti kata lain, usaha untuk mengelakkan dia menghadap 'game' nalar. Sampai nak suruh mandi pun harus saya menjadi gergasi sambil memegang tali pinggang.

Jadi, budak bernama Affan Bukhary ini sudah tidak puas hati. Jenuh dicari, digeledah, diselongkar sudut rumah mencari charger tu. Memang tak ada sebab saya suruh along bawa ke sekolah. Saya sangkakan bila dah tak berjumpa tu, dia akan berdiam dan beralih tumpuan. Rupa-rupanya, anak bertuah ni sudah ketemu dengan charger lama yang togel tak berbaju. Terus disambungnya ke plak yang ada.

Tiba-tiba dia menjerit serentak dengan letusan api kecil. Maka, tidaklah dipanggil emak kalau setakat menjerit ayu kan. Satu flat berkumandang nama Affan saya jeritkan dan bersenandunglah air mata mak yang seorang ini. Beralun astaghafar dan di kepala mak ni segala yang buruk-buruk tercetus. Nauzubillah.

Affan yang terperanjat, menangis sama. Teresak-esak. Hilang kata dan nyawa mak sekejap! Terus disimpannya laptop dan tidak diusik-usik lagi. Apabila nafas tenang sudah diraih, dia hulurkan jarinya yang berlubang pada saya. Alahai anak. Nak saya padankan mukanya, tak sampai hati. Allah, semoga silap saya dalam mendidik anak diampunkan. 


2 comments:

  1. aduhai anak...yang gmbr kat atas sekali maknya macam kakak dan adiklah...nnti anak saya ammar macam mana pulak.sekarang pun ipad ipad..saya sembunyikan kdg sanggup saya tak cas...huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung