Thursday 29 May 2014

Pemasyhuran Raja Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke 35 pada 29 Mei 2014

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Catatan ini sengaja saya tulis mengambil sempena sebuah majlis yang jarang-jarang disaksikan oleh kita sebagai rakyat jelata. Ia juga sebuah lagi catatan sejarah buat Malaysia dan negeri Perak khususnya kerana sistem penggiliran beraja di Negeri Perak agak berbeza dengan negeri lain. 

Pada jam 3.16 petang - mengikut waktu pada notebook ini, Raja Nazrin Shah telah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak  yang ke-35 dengan gelaran Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah. Serentak dengan ciuman Sultan Perak yang baharu pada keranda Di Raja, tembakan meriam sebanyak 86 das telah dilepaskan sebagai penghormatan terakhir. 

Seraja Di Raja adalah pedati khas yang akan menandu jenazah Sultan menuju ke Makam Di Raja berhampiran Masjid Ubbudiah. 


Sedikit mengenai Raja Nazrin Shah:


Baginda dilahirkan di Pulau Pinang pada 27 November 1956 dan putera sulung kepada almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun binti Mohd Ali.

Putera raja yang berkahwin dengan Tuanku Zara Salim  Davidson pada 2007 ini berkelulusan Masters in Public Administration daripada Kennedy School of Government, Harvard dan Ph.D in Political Economy and Goverment daripada Harvard University. 
Daripada perkahwinannya dengan Tuanku Zara, baginda berdua telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu  Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya Syah. 

Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung