Friday 21 March 2014

Seharian Menghirup Udara Positif di Putrajaya

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Siti Aishah Rosli dan Fumi Enterprise

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
bersama Siti Aishah, Pengurus Pemasaran dan Acara, EMP

Sepatutnya catatan ini tertulis tarikh semalam. Namun semalam saya sedikit sibuk menguruskan pesanan buku. Berkejar-kejar ke pejabat pos, tiba-tiba dikhabarkan, offline pula. Begitupun bukanlah nama CMV kalau tak menyelam sambil minum air. Saya singgah ke kedai buku berdekatan, membelek-belek novel dan alat tulis yang berkaitan dengan bisnes yang mengembangkan dada saya ini.

19/3/2014 bermulalah Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya yang berlangsung di Putrajaya Convention Center. Seawal sebelum zohor, saya dan Aishah, Pengurus Pemasaran dan Acara, EMP dah tiba. Melihat deretan buku yang berbalut cantik lebih-lebih lagi Kabus Rindu dalam barisannya, masya-Allah. Syukur kepada Allah. Akhirnya, ia berada di dalam rak MPH nama gah di satu tempat yang gah juga.

Saya diberitahu, tiada sebarang acara melibatkan saya di Pekan Buku itu. Sebab saya pun hanya berjanji dengan beberapa sahabat akademi untuk bertemu di sini. Tiba-tiba, Aishah memberitahu ada slot bual buku yang akan berlangsung pada jam 4-5 petang. Sejam? Sejam!

Saya boleh merepek yang bukan-bukan. Sungguh. Saya tahu 'kehebatan' saya di pentas. Saya memang Pak Jabit Gila Mikrofon. Tapi isi percakapan entah apa-apa. Maka masa yang terluang, saya gunakanlah sekejap untuk menyediakan jawapan daripada soalan bocor yang disediakan Aishah. 

Apabila acara bermula, saya sudah menjangkakan ketidakhadiran penonton, dan saya reda. Tetapi, saya dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pengunjung yang setia mendengar celoteh saya di atas pentas, walaupun saya agak ada seratus orang pengunjung yang sedang berlegar membelek buku. Tak mengapa. Inilah cabarannya. Saya harus belajar lagi.


Tapi, saya sangat terharu melihat komitednya tiga anak muda ini, Akmal dan Fuad dari Fumi Enterprise dan Siti Aishah sendiri. Sikap positif yang ditunjuk mereka terasa ingin saya zahirkan dengan sujud syukur di situ juga kerana ditemukan Allah dengan insan-insan hebat seperti mereka.
Ini bukan technician tau...

Dengan ini, saya mengisytiharkan ingin terus berlari bersama mereka, membawa bersama-sama Kabus Rindu saya agar mencecah awan. Dan saya ingin anda yang belum mendapatkan Kabus Rindu dapatkannya di MPH berdekatan. Ia bukan cerita cinta. Ia solusi alternatif, pengaman minda. Insya-Allah.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung