Wednesday, 2 October 2013

Menanti Jemputan

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Hari ini hari pertama peperiksaan besar dalam hidup Anis Suraya Maznum atau Along.  Saya tak naikkan apa-apa status di facebook kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada Along.  Sebagai mak, sesiapapun yang jadi emak, tentu mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.

Tadi menemankan Affan, si bongsu bergunting rambut.  Saya tak pernah masuk ke dalam kedai gunting yang ini walaupun lokasinya memang dekat dengan rumah.  Disebabkan hari ini, abahnya bekerja, saya pula yang diheretnya masuk ke dalam kedai gunting itu.

Masuk-masuk sahaja, saya terbau satu aroma yang pernah hinggap di pembauan.  Hampir mengalir air mata saya.  Suara Lata Mageshkar juga menjadi latar bunyi dalam kedai sederhana besar ini (nampak besar sebab banyak cermin) Memang, kedai gunting ini kepunyaan warga India, jadinya memang ada bau-bauan dan juga gambar-gambar sembahan serta Sai Baba yang dipuja mereka.  

Tetapi, bau ini, bau yang sama menyodok pembauan saya tatkala menemankan pak long sayang bergunting di tanah suci tempohari.  Selepas selesai saie dan bertahallul umrah yang akhir, pak long mengajak saya ke kedai gunting di belakang hotel Thrawat Mensia, menemankannya bergunting.

Kedai guntingnya kecil saja.  Di sebelahnya ada kedai menjual sayur-sayuran.  Kedai ini milik imigran Bangladesh yang telah bermastautin di tanah berkat itu selama 20 tahun (katanya).  Soalan yang paling sinonim menujah batang hidung saya selama di sana ialah

"kat mana kenal Bangla tu?"  sambil menunjuk ke arah suami saya.  Terkebil-kebil saya dibuatnya sebelum ketawa.  Pak Long Sayang buat muka bengang.

"Dia orang Malaysialah!" kata saya.

"Oh yeke.  Saya ingat dia Bangladesh.  Sayapun hairan macam mana Bangladesh boleh kahwin dengan Malaysia punya orang cantik,"  dusyum! rasa nak tumbuk aje muka mamat Bangladesh tu (walaupun hati kembang dah mencecah bumbung atap hotel) 

* perbualan telah dialih bahasa daripada bahasa Inggeris yang tunggang langgang ke Bahasa Malaysia.

Bau-bauan ini betul-betul membakar rindu saya pada tanah suci.  Terus azam untuk kembali lagi mengukuh mengakar dalam hati.  Semoga kita semua mendapat jemputan bertawaf, bersaie di rumah Allah itu.

Kelas Asas Blog dan Penulisan akan terus berlangsung sehingga ke akhir tahun dengan yuran istimewa.  Bagi yang mahu berbisnes, boleh masuk kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page untuk mula bisnes.

Hubungi saya : monalitamansor@gmail.com atau pm Monalita Mansor di facebook


No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung