Thursday 3 October 2013

Daripada dan Dari kepada di dan ke

Teks   :  Monalita Mansor
Gambar :

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya tahu ramai di kalangan suri rumah yang suka menulis.  Ia disebabkan oleh rangsangan hormon 'tak puas hati' membaca tulisan orang lain yang dirasakan tak cukup rencah, garam masih kat kedai di hujung kampung, gula masih kat ladang tebu, kunyit belum berkorek, serai belum bertebas.  

Maka, menulislah kita dengan penuh perasan dan perasaan di blog (sama macam saya sekarang) Tapi semasa menulis walaupun kita bertatih untuk menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) pastikan kita menggunakan tatabahasa yang betul.  Pastikan penggunaan awalan 'di' dan 'ke' digunakan pada tempatnya.


Pastikan juga kata 'dari' dan 'daripada' juga berada di tempatnya.  Maklumat lanjut mengenai apa juga masalah berkenaan bahasa, anda boleh dapati di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu

contoh 'di' dan 'ke'

'di' dan 'ke' hendaklah ditaip jarak apabila bertemu dengan kata nama (cth mana, sana, rumah, masjid)
cth  : di mana, ke mana, di sana, di rumah, ke rumah.

'di' dan 'ke' hendaklah ditaip rapat apabila bertemu dengan kata kerja (cth; masak, lempar, tulis, kata)
cth: dimasak, dilempar, dikata

contoh 'dari' dan 'daripada'

frasa 'dari' digunakan  untuk menunjukkan masa dan tempat
cth :dari sekolah, dari jam tujuh, dari bandar

frasa 'daripada' digunakan apabila menggunakan ayat menunjukkan
 a) sumber/hasil 
b) perbandingan
cth (a)  : daripada sebiji kelapa, daripada dia, 
      (b) dia lebih baik daripada saya,  daripada hidup baiklah mati.


Alhamdulillah, diharapkan entri ini memberi sedikit manfaat.  Pencerahan ini daripada blog Tetamu Senja yang menulis tentang keperluan mengetahui tatabahasa di kalangan blogger.

2 kelas masih terus berjalan;

1.  Kelas Asas Blog dan Penulisan 
2. Kelas Asas Blog dan Penulisan Fan Page utk mula bisnes.

Hubungi Monalita Mansor untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung