Wednesday 25 September 2013

Jalan-jalan Buang Rajuk di Pasar Pagi Taman Medan.

Teks  : Monalita MansorGambar : Koleksi Peribadi dan Carian Google


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  
Zaman anak dara, tunggu bas di seberang jalan, depan kem ni

Hujung minggu hari tu, rancangan asalnya mahu menjejak tanah Kg Desa Bakti, Mentakab.  (bersebelahan kem Askar markas merchandise 7 Renjer, Batu 5)   Tapi, terbatal dengan alasan bapak supirnya kepenatan sebab sehari sebelumnya berada di tempat kerja, melanyak kerja lebih masa. 

Dengan muncung panjang sedepa, dipujuknya saya untuk ke Pasar Pagi Taman Medan.  Saya, kalau disebut nama tempat ni, jika mengantuk insyaAllah, segar bugar biji mata.  Kenapa?  teruskan membaca.
Gerai Mee Rebus Batu Gajah, Pak Usup

Pada pendapat saya pasar ini tiada bezanya dengan pasar-pasar sehenti lain di Malaysia.  Segala macam produk kampung, separa kampung, separa bandar dan produk bandar ada dijual di sini.  Bak kata budak-budak sekarang "mak ayah aja tak ada jual".  Tetapi, ada tapinya, kalau Pekan Sehari Temerloh di sepanjang Sungai Pahang itu menjanjikan kemeriahan aneka produk tradisional seperti tikar mengkuang, ayam kampung, udang galah Sg. Pahang dan patin liar, pasar ini ada istimewanya bagi saya.

Sarapan kami ialah mee rebus Pak Usup.  Gerainya kecil.  Restoran besarnya ada di Jalan PJS 2D/1 Taman Medan.  Sambil bersarapan, suara Ustaz Azhar Idrus berkumandang.  Saya tak nafikan, ada saingan daripada suara Tegar dan lagu dangdutnya, tetapi ceramah-ceramah santai UAI lebih menguasai suasana.
ada P.A. system juga musolla  (bangunan kontena ni - pasar ni dibuka dari Sabtu sampai malam Ahad)

Hari ini, beliau membicara topik Bismillah.  Pengertian Bis : dengan, mi : nama  dan  illah : Allah.  Kita mengucapkannya selalu, tetapi setiap kali mengucapkannya adakah ia sekadar mainan bibir atau resapan panjang menyalur ke hati sebagai tanda syukur, kita dihidupkan lagi hari ini.  

Sayup-sayup kedengaran pula lagu Panggilan Haji.  Spontan saya teringatkan Mak Lang yang mendapat panggilan Tabung Haji beberapa hari lepas. Beliau, suami dan bondanya akan berangkat ke Mekah 2 Oktober ini. (ingat tak mak lang dalam entri 'Redha Suami' saya yang lepas?, yang tak boleh buat umrah sebab lupa mintak maaf pada suami?) ternyata kesabarannya diuji bulan 4 semasa berumrah dulu berbaloi.  Allah menjemputnya lagi.  

Seterusnya, tibalah ke destinasi yang ditunggu-tunggu oleh saya dan anak-anak.  Gerai buku terpakai.  Inilah destinasi yang saya tidak pernah tinggalkan kalau ke pasar ini.  Jika tidak membelipun, saya tetap menggatalkan tangan untuk membelek buku-buku dan majalah-majalah terpakai.  
Cukuplah untuk hari ini, dua lagi tu anak punya.

Hari ini, saya mendapat dua buah buku karya Norhayati Berahim, Egois dan Dendam Yang Terlerai.   Cukuplah dua dulu.  Kalau ada novel Danielle Steel, insyaAllah tak saya lepaskan.  Tapi tak kelihatan pula di dalam kotak di belakang van pemilik gerai tu.

Kawan-kawan yang mahu mencari buku-buku terpakai dengan harga yang murah, jemputlah ke Pasar Pagi Taman Medan.  Berhampiran PJCC, lokasi pejabat urusan Metrowealth atau MIG milik David Teo.  

Jika ingin menjana pendapatan awal, seterusnya memacu sehingga ke tahap maksimum, tetapi tidak jelas dengan produk dan bisnes, boleh berdaftar dengan kelas Asas blog dan penulisan fan page untuk bisnes.

Kelas 24/7, masih terus dibuka.  Boleh juga hubungi Monalita Mansor di facebook untuk mendaftar.   


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung