Monday 23 September 2013

Catatan Rentasan 4 Negeri (6)

Teks     : Monalita Mansor
Gambar: Koleksi Persendirian

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Apa berita buruknya?  Kami menjejak tanah Brinchang pada jam 5.00 petang.  Alhamdulillah, dapat memarkir betul-betul di depan Masjid Kayangan Brinchang bertentangan dengan Balai Bomba Brinchang.  Menyesal kerana asyik terlepas beberapa buah masjid kerana asyik ternganga melihat keindahan alam.

Ipar saya memberitahu yang 'klach' keretanya sudah haus dan seluruh isi kereta harus dipindahkan ke kereta lain.
 "Habis, tak boleh jalan ke?"  risau juga kami dibuatnya.
  "Boleh, tapi perlahan-lahanlah,"  katanya.

Terurai sedikit kerisauan kami.  Kami meneruskan operasi menghabiskan duit di Pasar Malam Brinchang.  Lokasi pasar malam itu di atas bukit dan betul-betul di simpang tiga.  Memang tak strategik.

Di sini, produk tanah tinggi ini dijual dengan harga yang lebih murah.  Maka, sakanlah kami memborong strawberi, tomato, jagung dan sayur-sayuran.  Strawberi bersalut coklat idaman anak-anak, dijual dengan banyaknya.

Oh! ya sebenarnya kami tidak menginap di sana kerana kesemuanya sudah 'fully booked'.  Tambahan pula ini percutian keluarga yang tidak dirancang asalnya.  Selepas Maghrib, kami bercadang untuk turun menggunakan laluan Tapah.

Usai membeli-belah, angin malam tanah tinggi menyapa pipi.  Sejuknya tak terkatakan.  Air di pili masjid bagaikan air botol yang disimpan di dalam peti sejuk.  Sebelum azan Maghrib, saya bawa anak-anak beriktikaf di masjid, alhamdulillah kerana cuaca di luar tidak memungkinkan ketahanan diri kami yang sensitif ni.
Penasyid Ya Hanana yang 'happening' dari kiri Affan Bukhary, Ilhan Naufal (belakang) Alif Haiqal, Danish Naquiddin (depan, tak ikut serta) Afiq Haiqal dan kanan sekali Iffan Naufal

8.00 malam, kami bergerak meninggalkan Cameron Highland melalui laluan Tapah yang saya kira sangat mencabar liku-liku lurah dan gaungnya.  Bersama-sama penasyid Ya Hanana kami, kami berselawat, berdoa memohon perlindungan Allah.

Entri seterusnya,
tiba di Behrang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung