Tuesday, 24 September 2013

Idaman dan Kesempatan

Teks  :  Monalita Mansor

Gambar : Carian Google



ini bukan Blade ye, ini bapa tiri dia, Hyosung

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Agak-agak, apa dibuat dek big bike ni dalam entri saya petang ni.  Tak ada apa-apa pun.  Cuma nak berkongsi perasaan teruja.  Ternampak dua bikers di lampu isyarat tempohari.  Mengenderai jentera yang kalau dimelayukan ialah  'pisau tajam' menderum membelah jalan raya.  Teruja saya dengan suami.  Dulu, dia sempat menggunakan bike setakat 150 cc saja.  Jadinya pengalaman jadi bikers tu segar jugalah dalam ingatan.

Dalam pada tu, minda ni sedang mengacau dodol cerita yang tak masak-masak.  Kacau dan terus kacau, bila bikers tu lalu aja, berdesup!  saya mendapat sedikit lagi rencah.  Alhamdulillah, dalam suasana tak terduga beginipun masih dikurniakan ilham.

Balik, saya terus bertemujanji dengan Pak Ngah Google, mencari sedikit maklumat mengenai jentera berharga lebih kurang sebuah Perodua Kancil ni.  Saya sudah menyimpannya dalam dokumen, siap menunggu untuk diproses apabila tiba bab yang sesuai.

Begitulah proses saya menulis.  Tidak semestinya apa yang melintas itu akan digunakan terus.  Kepala akan merangka jalan cerita sedikit demi sedikit dan input-input dari masa ke semasa saya kemas kini di mana sahaja.  Di dalam BB, di dalam pen drive, kadang-kadang pada kertas surat khabar dan boleh jadi juga belakang buku yang tercapai dek tangan, kertas tisu, apa sahaja. 

Hanya, pada plastik pembungkus belum dicuba lagi.  Tak dapat mencatat, saya bercakap seorang diri dulu.  Begitulah prosesnya, lebih kurang. 

Wallah hu alam.
Ini pesaing 'Blade', Kawasaki Ninja 250cc, harganya lebih 'terangkat' dan lebih diyakini sebab jenamanya.


Anda tidak perlu melalui semua ini jika menyertai kelas Asas blog dan Penulisan.  Platform dan panduan disediakan.  Jika anda minat berbisnes atau mempunyai kemahiran, kami akan gilap selepas analisa soalan sebelum masuk kelas.

Hubungi saya, Monalita Mansor di facebook atau emel: monalitamansor@gmail.com

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung