Monday, 15 September 2014

Macam-Macam Ada 26 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Mendalami Dalam di dalam Dalam - Bahagian 1

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Hah sudah! Cik Mon dah mula balik. Tulis tajuk yang mengelirukan orang. Bila orang tak baca dia marah. Dia tulis merapu entah apa-apa, macam mana orang nak baca...hahahaha.... Tak adalah merapu mana. Hari ini saya nak bercerita tentang perbezaan dalam dan di dalam. Untuk bahagian pertama ini, kita perlihatkan dulu perbezaannya ya.

Di dalam hukum tatabahasa Bahasa Melayu, frasa dalam mempunyai 3 fungsi iaitu:


1. kata adjektif iaitu perkataan yang menunjukkan sifat.
Kebiasaannya, kata penguat seperti amat, sungguh, sangat, sekali diletakkan sebelum atau selepas frasa 'dalam'

Contoh : 


a) Kasihku padamu amat dalam.
(amat - kata penguat) (dalam - kata adjektif menunjukkan sifat 'kasih' yang sangat banyak)

b) "Dalam sungguh maksud perkataan tuan hamba."
(dalam - kata adjektif menunjukkan kata-kata yang sangat menyentuh hati) (sungguh - kata penguat)


2. Kata Sendi Nama
Ia ditulis sebelum frasa nama yang membawa maksud lingkungan, situasi, peristiwa, yang abstrak, yang tidak mempunyai had sama ada dari segi jarak ataupun ruang. 


Contoh :  

a) Pihak kami akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

b) Hal yang kecil jangan disimpan dalam hati.


3. Kata Arah
'Dalam' ditulis selepas kata sendi nama 'di' atau 'ke' untuk menunjukkan arah, hala atau kedudukan


Contoh : 

a) buku tersebut disimpan di dalam almari.

b) Dia sudah menulis namanya di dalam buku kedatangan.


Kekeliruan selalu timbul tatkala menggunakan fungsi dalam untuk membezakan kata arah dengan kata sendi nama. Secara mudahnya, saya diberitahu oleh seorang sahabat yang merupakan seorang editor petua mudah.

i. gunakan di dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang boleh disentuh/dilihat/dirasa/dikira (maujud/bersifat)
ii. gunakan dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang mujarad/abstrak/yang berlawanan dengan perihal (i)

bersambung.....


sumber :
http://namharahman.blogspot.com/2009/07/dalam-di-dalam-ke-dalam-pedoman-bahasa.html
Nota Poket Bahasa Malaysia Tingkatan 1,2,3, Cerdik Publication Sdn Bhd


 Akademi Bekerja di Rumah ni, Cik Temah, menawarkan kelas-kelas online ya. Untuk Cik Temah yang memang suri rumah ataupun jiran Cik Temah yang bekerja tapi bercita-cita nak jadi macam Cik Temah.

Ada kelas buat blog bisnes. Diajarnya benda-benda gini - baca terus Cik Temah

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

011-19737269 Monalita Mansor
ejen Serunding Abe Mie Kg Laut
ejen bantal kekabu kampung
menjual novel terpakai


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung