Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Baik, simpan biskut anda. Yang biskut terjepit kat bibir tu, simpan balik kat dalam bekas dia. Tepuk habuk kat bibir tu. Tiup-tiup sikit habuk takut jatuh celah-celah kekunci. Nanti semut pulak berumahtangga dan berkoloni kat situ. Kita sambung balik kelas perbezaan dalam dan di dalam.
Ingat pada entri sebelumnya?
Okay kita ulang siar ya.
i. gunakan di dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang boleh disentuh/dilihat/dirasa/dikira (maujud/bersifat)
ii. gunakan dalam ketika frasa seterusnya ialah sesuatu yang mujarad/abstrak/yang berlawanan dengan perihal (i)
contoh:
saya tetap menyimpannya di dalam ingatan - SALAH
saya tetap menyimpannya dalam ingatan - BETUL
alasan : 'ingatan' adalah sesuatu yang abstrak, tak boleh dirasai
Dia memang ayam tambatan dalam kampung ini. - SALAH
Dia memang ayam tambatan di dalam kampung ini - BETUL
alasan : 'kampung' boleh dilihat/
kampung adalah lokasi/arah
Gambar dalam album itu ditatapnya. - SALAH
Gambar di dalam album itu ditatapnya - BETUL
alasan : 'album' adalah objek
Diharapkan anda mendapat gambaran jelas dan kalau masih kabur-kabur, boleh sahaja hubungi penulis pada bila-bila masa ya.
Mereka yang serius mahu mula bisnes, boleh sertai kumpulan dropship/rakan niaga bersama akademi bekerja di rumah.
Kami buka pendaftaran untuk dropship ABDR
1.dropship makanan sunnah dan projek raya
2. dropship makanan sunnah dan telekung solat
3.dropship makanan sunnah dan produk islamik
011-19737269 WA/SMS
facebook : Monalita Mansor
Guru Online ABDR
Ejen Serunding Abe Mie Kg Laut
Ejen Bantal Kekabu Kampung
Menjual Novel Terpakai
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D