Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri dan Carian Google
Video : Kenny G - Songbird
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Chup! Chup! janganlah mengaratkan fikiran anda sebaik membaca tajuk kat atas tu. Tak ada maknanya aku nak buat entri 18SX kat sini ya. Tak ingat mati ke? Kenapa sekejap aku gunakan ganti nama aku, sekejap saya? Suka hatilah, blog aku!
Amboi mak, jawapan riyak kau bagi ya Cik Mon. Tak adalah. Sebenarnya menggunakan ganti nama 'aku' bermakna entri-entri ini akan santai sesantai bercanda di pasiran pantai. Namun begitu, masih lagi dalam lunas-lunas bahasa yang diluluskan. Tak mau! tak mau!
Semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak ni, ada sikit kepandiran dalam diri aku untuk berblog. Nak tahu asbabun punca menyebabkan aku tiba-tiba heavy metal kat blog? Cer tengok trafik blog aku. Terkejut tenuk mak! Betul.
Oleh kerana itu, aku nak ucapkan terima kasih pada adik-adik aku ni, blogger otai Bila Aku Bercerita, La DOLCE amira yang banyak bagi sokongan. Juga, blogger-blogger ABDR tentunya;
yang pernah aku review blog mereka. Terima kasih banyak-banyak.
Ni untuk kalian.
wahhh terharunya nama kita disebut-sebut...xadalah otai pun...sy cuma blogger picisan...:D nanti saya up entri satu..
ReplyDelete