Gambar : Carian Google dan Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Catatan ini buat memujuk hati yang rusuh, menjernihkan wajah yang keruh, membuka ruang tanpa keluh, untuk memikir sejenak jauh-jauh.
Di sebuah majlis alumni, seorang profesor bertemu kembali dengan bekas pelajarnya. Banyaklah keluhan masing-masing tentang kerjaya dan kehidupan mereka walaupun kesemuanya bergelar profesional.
Maka profesor itu kemudiannya membancuh kopi dan dihidangkan kepada bekas pelajarnya. Kopinya memang 'kaw', manakala ada aneka bentuk dan rupa cawan yang berada di dalam dulang tu. Ada yang berat, ada yang ringan. Ada yang lawa, yang comel, ada yang tak semenggah rupanya. (profesor tu sengkek sangat ke? tak boleh hidang set 'English Tea' dia?) baca terus.
Dipelawanya semua orang mengambil cawan masing-masing kemudian dia bertanya. "Apa yang tinggal?"
Yang tinggal ialah cawan yang tak semenggah rupanya, warna tak cantik, bentuk tak menarik. Semua orang nampak.
Kemudian sang profesor mengambil cawan tak semenggah tadi. Diberinya kepada salah seorang bekas pelajarnya. Disuruhnya rasa. Kemudian disuruhnya bekas pelajarnya merasa pulak kopi daripada bekas lawa yang dipilihnya.
"Apa bezanya?" tanya sang profesor.
"Tak ada. Dua-dua sama-sama 'kaw' - kualiti dan rasa memang terbaik," jawab bekas pelajarnya tadi. Yakin amat.
"Kopi itu kehidupan kita. Cawan tu adalah pekerjaan, harta atau pangkat yang kita ada. Tak kira apa bentuk cawan tu, cantik atau buruk, ia tak mendatangkan kesan kalau hidup kita berkualiti."
Pesan sang profesor lagi, "ada kalanya kita lebih memandang rupa luaran (pangkat/harta/kedudukan) daripada rasa 'kehidupan' itu sendiri. Kita pandang cawan cantik, kita tinggalkan cawan yang buruk. Padahal rasanya sama aje. Sebab tu kita tak dapat rasa betapa nikmatnya kopi tu. Cuba, pejam mata dan lupakan bentuk cawan tu. Tentu kalian akan dapat menikmati kopi itu dengan sesungguh nikmat."
Diolah semula daripada Mastika Oktober 2014
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D