Wednesday 3 September 2014

Bukan Tradisi Tetapi Tanda Pekerti

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Tengok mangkuk 'sia' tu, rare tau. Siap ada kunci lagi.

31 Ogos 2014, genap 17 tahun usia perkahwinan dan majlis perkahwinan adik sepupu sebelah suami, Nur Hidayah Hj Aris dan Maziz Mahyuddin Haji Kamaruddin. Yang selamat, memang selamat jadi pengantin. Namun begitu, semenjak ada blog ni, dah macam wartawan tak ada gaji dah ni.

Sedang syok duduk berbual dengan mak saudara, terpandang pulak uwan sorang ni duduk atas kerusi. Uwan tu, uwan pada pengantin la. Saya tak tahu nama, tapi kami panggil uwan. Dia tengah mengisi-ngisi, pulut, sambal ayam dan gulai daging ke dalam bekas-bekas di depan dia.
semuat yang boleh Acik tu masukkan

Saya pun, buatlah muka menyemak kat situ. Terus aje bertanya pada uwan, memang ini tradisi orang belah-belah Rembau ke atau tradisi orang Melaka. (Kampung mereka terletak berhampiran Lubuk Cina). Uwan kata, "tak. Ini sekadar budi bahaso jo. Orang mombori, kalau mampu baleh la. Kalau tak mampu pulang balik bokeh kosong pun tak apo do...Tapi kito dah terbiaso...."
Dah siap isi, tunggu tuannya datang ambil. Uwan 'standby' kat tepi

Biasanya, jiran sekampung akan menghadiahkan beras, gula atau susu. Di tempat lain, tiada bekas spesifik disediakan, tetapi di Kampung Hj Sulaiman ni, jiran-jiran membawa bekas-bekas yang sangat menarik. Seseparuhnya sudah boleh dikira antik dan vintaj kot.
Uwan, baju biru tengah bersalam. Tengok Acik tudung kuning tu, ambil mangkuk dia sebelum balik

Sambil-sambil berbual, saya turun tangan jugaklah. Alah, bukan susah benar. Tapi saya suka uwan panggil saya 'wok'. Dah lama saya tak dengar orang panggil saya 'wok'. 'Wok' tu kira panggilan beradab untuk orang-orang muda la. Biasanya orang belah-belah Pahang aje, tak sangka pulak di sempadan Negeri Sembilan-Melaka ni ada kesamaan. Eh...entah-entah sebab Lubuk Cina menjadi laluan Jalan Penarikan kot? Nanti nak semak buku sejarah semula.
Beras yang diperoleh daripada tukaran tadi


Tak perlu saya cerita banyak. Kalian tengoklah gambar-gambar yang saya 'snap' hari tu. 'Legend' betul la...uwan. 
 
Yang bersilat tu (tengah bersalam dengan pengantin lelaki) bapa saudara pengantin perempuan. Siapa yang nak kahwin dan perlukan acara silat untuk memeriahkan majlis, bolehlah hubungi dia.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung