Beberapa hal yang masih menjadi misteri dalam hidup kita ialah soal jodoh, hidup dan mati. Dalam banyak ketika, aku pun masih tertanya-tanya kenapa dan macam mana aku boleh berjodoh dengan dia sedangkan pada masa tu, aku sudah menyilihgantikan pilihan-pilihan yang sepatutnya menjadi jodoh aku.(Amboi mak...ayat. Tak ingat!)
Mungkin sebab ketekalan (consistency) dia menelefon aku yang mula-mulanya seminggu sekali, lepas tu up sikit, dua tiga hari sekali dan akhirnya tiap-tiap hari. Pada 1995, waktu tu aku dah mulai berkrisis dengan boyfriend sebelum tu dan sedang menyulam kasih dengan orang lain. Bukan nak cerita aku ni jahat, berbilang kawan lelaki. Tetapi, ketika itu, aku fikir dia memang kawan aku. Malahan, ada sesetengah perkara pun bila aku dah pening kepala dengan para boyfriend aku, aku adukan pada dia. Lagipun, kami tak pernah bertemu. Aku tak risau dengan situasi masing-masing 'menyetan' - (istilah kawan baik aku. Bila lelaki dengan perempuan pergi dating.)
Sampai pada satu ketika, pada bulan Ramadan. Aku dan kawan aku, Yati dan Zikri menghantar adik Yati ke Puduraya. Disebabkan hari masih pagi, aku telefonlah dia. Kalau dia free, bolehlah kita bertemu muka untuk pertama kalinya. Maka, lokasi pertemuan diaturkan di Taman Tasik Shah Alam. Panik beb. Tak pernah jumpa. Aku menyorok dalam kereta ketika dia sampai. Aku beritahu Zikri, "kalau tak hensem, moh kita balik!"
Tapi, sebaik bertentang mata, jeng...jeng...jeng. Okay lah. menepati ciri-ciri lelaki yang aku harapkan jugak walaupun tak semua. Ciri-ciri yang aku mimpikan dalam entri sebelum ni memang tak ada! Kecuali dia tinggi sahaja. Lepas tu apa jadi?
Aku, kanan, beberapa hari sebelum bergelar isteri - cuti-cuti ke Cherating. |
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D