Tuesday, 26 November 2013

Ciri-Ciri Cerpen - Konflik Awal

Teks  : Monalita Mansor
Gambar : Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif

Assalamualaikum dan Salam Karya.  Bismillah.

Bersambung lagi dalam topik ciri-ciri cerpen.  Ciri yang seterusnya ialah, konflik di dalam cerpen harus dimulai seawal mungkin.  Ini kerana, cerpen mengandungi ciri penceritaan yang kompak.  Plotnya adalah pendek, padat dan watak-wataknya juga sedikit.  Maka konflik harus dimulakan seawal mungkin, daripada perenggan pertama agar konflik dapat diselesaikan oleh watak pada akhir cerita.

contoh :

Zaharah timbul tenggelam.  Tangannya tergapai-gapai.  kakinya tidak menjejak dasar.  Air masuk melalui mulut, hidung dan telinga.  Tiada lain yang timbul di fikirannya selain maut yang bakal menjemput.  Terbayang wajah suami dan anak kecil yang ditinggalkan. 

Jalan Pulang, Aiza Zizan. Mingguan Wanita.

Konflik mengenai ketakutan menghadapi mati lemas digarap dengan kemas oleh penulis pada permulaan cerita.  Ini secara tidak langsung sudah meninggalkan cangkuk minda buat pembaca untuk terus membaca cerpen tersebut sehingga habis.

Konflik pula, harus dileraikan oleh watak utama sehingga ke akhir cerita dan tidak dibiarkan tergantung.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung