Tuesday, 17 June 2014

Macam-Macam Ada 13 : Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Penulis

Surat Iringan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Andaikan ada mempunyai seorang anak gadis yang cantik jelita sudah cukup umurnya, sesuai sudah berumahtangga. Maka, datanglah dua angkatan meminang pada waktu yang bersilang jam sahaja. Yang mana satu yang nak anda terima.

Rombongan A:
Datang tak beri salam, main gegar pintu pagar, masuk rumah buat macam rumah mak bapak dia, ke dapur p ambil air sendiri. Tiba-tiba cakap. "Dipendekkan cerita, kami ni datang nak meminang anak mak cik. Kalau mak cik setuju, kita tetapkan tarikh dan saya boleh balik beritahu pada mak bapak budak ni." Tunjuk wakilnya pada bakal menantu anda yang tersengih-sengih di kerusi sambil mencicip teh.

Rombongan B :
Datang beritahu dulu, lepas e-mel, sms, inbox lepas tu siap telefon lagi. Beri salam, tuan rumah tak suruh masuk, mereka tak masuk. Tuan rumah tak suruh duduk, tak duduk. "Tak adalah saya ni pandai berpantun gurindam bagai. Tapi adanya kita ni orang Melayu, sekadar nak bertanya, kalau-kalau kembang dalam jagaan mak cik tu dah ada yang punya ke belum. Kalau belum, datanglah hasrat kami ni nak menghantar sirih meminang." Beritahu wakilnya sambil menyorong setepak sirih bertanya bersama sebentuk cincin merisik. Bakal menantu anda tidak kelihatan, ada menunjuk jalan tapi sekarang sedang lepak di kedai mamak.

Apa pun jawapan anda, yang saya nak beritahu ialah, untuk menyampaikan sesuatu hajat, perlulah bersopan, berhemah dan menunjukkan kesungguhan kita. Begitu juga apabila menghantar manuskrip untuk pertimbangan pihak penerbitan. Pastikan ada menyertakan surat iringan sebagai bukti kesungguhan dan kredibiliti anda sebagai penulis.


Surat iringan lebih bertindak sebagai pembuka kata selain daripada proposal. Ia tidak lain tidak bukan sebagai pembuka kata secara sopan yang anda berkeinginan untuk bekerjasama dengan penerbit atau sesiapa sahaja. Sudah tentulah apabila kita memerlukan pertolongan orang, kita memintanya dengan baik.

Surat iringan itu harus mengisi NAT : nama, alamat dan nombor telefon, maksud atau perkara, dan seperenggan ayat yang menerangkan niat anda dan alu-aluan terima kasih serta sedikit pujian. Jika anda menghantar cerpen, ada baiknya selitkan sinopsis cerpen tersebut untuk memudahkan editor mendapatkan gambaran mengenai cerpen anda.

Apa tujuan lain surat iringan?

Ia boleh juga menjadi cermin diri anda. Ia juga membantu editor atau panel penilai untuk memendekkan satu langkah penilaian selain memberi gambaran yang anda sangat serius dengan niat ini. Bermulalah menulis surat iringan atau surat rasmi selepas ini. Semak nota-nota surat kiriman sekolah menengah untuk panduan.

Mencari duit lebih menjelang Ramadhan, Syawal, Zulhijjah atau dua belas bulan Islam sekalipun klik 
http://projekduithariraya.blogspot.com/



emel: monalitamansor@gmail.com 

whatsapp: 011 19737269

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung