Tuesday 16 September 2014

Siput Sedut Hari Malaysia Cik Mon

Pasar Besar Jalan Othman (pandangan belakang)
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Sendiri!

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
pekena roti canai di gerai M66 (sebelah dalam pasar)

Yeah! Hari Malaysia! tanyalah budak-budak sampailah bapak budak, apa yang best sekali hari. Tentulah sebab cuti! Amboi...jawapan tak patriotik langsung. Okey. Ia, hari ni Hari Malaysia, hari yang menyaksikan penggabungan dua buah permata berharga di Kepulauan Borneo dengan tanah semenanjung ini.
alhamdulillah


Apa signifikan Hari Malaysia kepada anda? Jawab lah apa sahaja kan. Yang penting kesyukuran sebab masih aman. Abang Bangla boleh lepak-lepak di kedai roti canai India Muslim menggunakan bahasa rasmi mereka yang sepatah haram pun aku tak faham.
abang Bangladesh (baju kotak) sedang rancak bercerita


Aku boleh beli dua cekak bayam daripada ah so dan dia boleh ucapkan 'terima kasih, sila datang lagi...kat sini murah tau...' sambil tersenyum walaupun aku tak pasti aku datang lagi ke tak pasar basah Jalan Othman ni. 

Tidur, mimpi, bangun balik dan tidur semula - jalan se'lapang' ini adalah mimpi pada hari-hari bekerja di PJ Old Town
Aku boleh beli siput sedut daripada akak yang daripada slanganya aku tahu datangnya dari kabupaten atau sebuah kecamatan dari tanah seberang. Akhirnya siput sedut itu aku gulai untuk pertama kalinya dengan bantuan Affan sampai luka-luka belakangnya. Affan memang budak baik.
siput sedut Hari Malaysia sebelum sesi pembuangan muncung bermula


Aku ambil gambar siput sedut sebelum dia jadi gulai aja. Selepas jadi gulai, minta maaf. Tak berani aku nak tunjukkan kepada seluruh maya pada ini....



Daftar Sebagai Rakan Niaga ABDR

Pendaftaran sebagai drophip ABDR, Produk makanan pakej barangan puasa, raya, rumah terbuka, pakej mudah masak untuk suri, produk pakej untuk sepanjang tahun dan musim raya.
1. Yuran pendaftaran  sekali bayar sahaja, terus boleh mula berjualan sampai bila-bila
2. Setiap agen yang berdaftar secara automatik menjadi alumni akademi bekerja di rumah
3. Droship ABDR Produk Makanan ini kami tawarkan melalui kelas online blog fanpage mula bisnes. Kalian berpeluang belajar membina blog kedai online.
4. Bonus 4 ebook (ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes)
5. Kumpulan sokongan jualan di group facebook
6. Agen hanya perlu membuat promosi dan jualan, samada melalui blog (jika belum ada, akan belajar membina blog), facebook, pages atau secara offline berdasarkan kreativiti setiap agen. Setiap tempahan yang diterima, agen perlu mengisi borang pengurus untuk pihak akademi menerima pesanan dan menguruskan penghantaran.
7. Penerimaan order adalah setiap hari. Manakala penghantaran adalah hari,AHAD, ISNIN,SELASA, RABU, KHAMIS

8. Agen akan menerima komisen daripada setiap hasil jualan.

9. Agen boleh mempromosi pendaftaran agen lain yang mahu sertai projek duit raya ini. Komisen turut akan diberikan melalui pendaftaran agen baru.

10. No tracking akan diupdate dan dimaklumkan dalam group khas di facebook.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung