Monday 15 September 2014

Dunia Mengait dan Dilla Yusof

penyangkut tuala untuk dijual
Teks : Monalita Mansor
Gambar : http://dalilayusof.blogspot.com/

Assalamualaikum dan Salam ABDR. Bismillah.



makkkk.....
hasil kerja terbaru Dilla : daripada t-shirt terpakai
Saya mengenali pemilik blog ini melalui satu grup. Dia menganjurkan beberapa acara berkaitan dengan produk kait-mengait dia ni la. Kemudian, barulah saya tahu dia juga salah seorang jemaah ABDR.

Klik enter, kemudian anda terasa macam masuk blog 'omputeh' baq ang.  Siap ada video kelip lagi. Bagi Dila sendiri, kecintaan dia pada dunia kait mengait ni bukan lagi obses tapi dah tahap meroyan. Bukan saya tulis, tuan punya blog sendiri tulis. Hwa...hwa...hwaaaa...

Yang saya hairan tu, daripada sebesar-besar benda dikaitnya, sampailah sekecil-kecil micro cactus. Apa ke benda micro cactus tu? sila klik tajuk Kegilaan Si Pengait Benang ni. Dan, anda tengoklah sendiri.

Dila atau Dalila Yusof bukan dilahirkan berbakat mengait. Segalanya dimulakan apabila graduan bidang fizik dari UKM ini memerlukan sesuatu untuk dilakukan apabila merasa bosan duduk di rumah. Kehebatan wanita ini, hanya bergurukan internet, kini ibu muda ini sudah menghasilkan pelbagai variasi kaitan jarum 1 dan boleh pula mengongsi ilmunya dengan orang lain.

Segalanya boleh anda baca di Panduan Seni Mengait dan Perniagaan Online termasuk terma-terma yang digunakan dalam dunia kait mengait ni yang tentunya boleh difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung sahaja. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.


Pakej paling minima yang ditawarkan ABDR

011 19737269 Monalita Mansor
Guru Online
ejen Serunding Abe Mie Kg Laut
menjual kekabu kampung
menjual novel terpakai

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung