Sunday, 1 June 2014

Resensi Cinta Azalea : Aiza Zizan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Cinta Azalea, saya tamatkan pada 30 Jun 2014 setelah mengambil masa hampir seminggu kerana kekangan masa dan tanggungjawab. Resensi ini adalah pandangan peribadi saya sebagai pembaca dan tidak memihak kepada sesiapa. Harap maklum.

Cinta Azalea adalah kisah gadis tipikal bernama Azalea, berpendirian tegas namun terpaksa mengalah demi menjaga hati kedua orang tua. Pelbagai dugaan ditempuh Azalea dalam mencari cinta sejati, seperti adatnya manusia hidup di dalam dunia. Manusia menganggapnya sebagai kebetulan tetapi Tuhan telah menuliskannya sebagai takdir.

Pertemuan kali kedua dengan Haris Azfar membuka dimensi baru dalam kehidupannya selepas dia 'melarikan diri' ke Sabah setelah melalui peristiwa hitam angkara kerakusan Rahman dan mencalar maruahnya dan keluarga. Dugaan berjauhan daripada keluarga, mengatasi fitnah, menjadikan Azalea lebih kuat dan masa mengubat segalanya.

Cinta baru ditemui tetapi bukanlah manusia kalau tidak diduga. Azalea diduga dengan kehadiran Rahman yang masih belum mati cintanya biarpun sudah beristeri. Diganggu manusia misteri yang seakan mahu dia mati dan terpisah terus dengan Haris Azfar.

Gaya bahasa di dalam novel ini agak sederhana. Mudah difahami dan tidak begitu berkerawang dan sesuai untuk bacaan umum. Plot CA berlangsung perlahan dan kadang-kadang saya rasa 'meletihkan'. Agaknya saya belum biasa membaca novel tebal, maka saya rasakan ia sangat lambat. Perwatakan Azalea juga agak kabur, di mana saya gagal membayangkan perwatakan fizikal Azalea, kecuali orangnya kecil molek.

Begitupun, saya namakan novel ini novel motivasi kerana banyak babak merangsang semangat di dalamnya. Ada beberapa babak contohnya  ketika Azalea berdepan dengan dugaan fitnah di Sabah. Azalea digambarkan sebagai 'manusia biasa' kerana ada kalanya dia lelah dan nampak berputus asa tetapi musuh-musuhnya memberikan dia suntikan semangat untuk dia meneruskan perjuangan menegakkan maruahnya.

Penulis menggarap beberapa puisi ciptaan beliau sendiri dalam beberapa bab. Kelebihan lain juga adalah pemandangan yang indah saat bersama-sama Haris Azfar di Sabah 'dilukiskan' dengan menarik. Konflik hanya dapat saya rasai di bab-bab akhir walaupun saya mengharapkan Azalea dan Haris Azfar bersatu dengan mudahnya, penulis tidak memberikan peluang semudah itu rupa-rupanya. Diletakkan lagi beberapa 'twist' dan konflik yang menggetarkan jiwa.

Abaikan beberapa gangguan yang diperkatakan sebelum ini. Cinta Azalea bergerak perlahan dan masih menghiburkan kerana ia mampu memberikan pembaca tempoh bertenang dan menikmatinya dengan sepenuh hati.
Cinta Azalea tak ada kelemahan ke? ada. Tapi, saya nyatakan terus kepada penulisnya.

Saya berikan Cinta Azalea 3 bintang. Tahniah untuk penulisnya, Aiza Zizan.




Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?

1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?

Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?

Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?

Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?

Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com


whatsapp: 011 19737269







No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung