Saturday 28 June 2014

Macam-Macam Ada 19 : 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Setinggi Kilimanjaro, Sedalam Jurang Mariana


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Bismillah.

Apa lagi CMV merepek setinggi dan sedalam ni semua? Penulis, seterusnya kerja anda ialah memastikan penguasaan kosa kata anda luas, tinggi dan dalam seperti analogi yang saya gunakan. Kosa kata adalah storan atau stok perkataan yang perlu anda ada tatkala menulis. Umpama kontraktor pembinaan kelas A, stok barang mentah untuk membina bangunan mesti cukup. Daripada sebesar-besar jentera 'drilling' untuk membina cerucuk sehingga ke sekecil-kecil paku untuk menyatukan kayu dan papan.

Berhenti menggunakan ayat-ayat yang sama dan berulang-ulang dalam karya.
Berhenti menggunakan ayat-ayat klise.
Berhenti menggunakan ayat lewah.
Berhenti menggunakan ayat yang tidak membantu cerita.
Berhenti menggunakan perkataan yang berbeza tetapi membawa makna yang sama dalam satu ayat
BERHENTI.


Saya bawakan contoh ayat yang saya rasa tidak perlu anda gunakan lagi...SUDAH...SUDAH CUKUP SUDAH...


1. sambung xxx tanpa menunggu kata-kata xxx menerangkan kepadanya.
(kata-kata : percakapan memang bertujuan untuk menerangkan. Lalu apa perlu ditulis kata-kata untuk menerangkan?) 

**xxx adalah nama watak

2. Seketika kemudian, deruan enjin motor yang kuat berbunyi semakin sayup bunyinya.
(Enjin motor memang berbunyi diterangkan dalam perkataan 'kuat berbunyi' tetapi diberitahu lagi 'bunyinya' di akhir ayat)


3. ujar xxx sambil menjeling melihat isterinya.
(menjeling adalah perbuatan melihat menggunakan ekor mata - perlukah lagi perkataan melihat?)

4.Hingga xxx yang berada di sebelah suaminya beberapa kali menguap, ngantuk.

(ada orang menguap sebab nak main golf ke? tak ada kan. Tak perlu diberitahu ngantuk kerana menguap memang sinonim dengan keadaan hendak tidur)
(ngantuk - kata dasarnya ialah kantuk)



5. Terdengar suara suaminya memanggil namanya dari luar rumah.
(nya - menggambarkan situasi hanya dua orang sahaja di dalam latar. Suara, nama, tidak perlu diletakkan kerana memanggil adalah perbuatan berkaitan dengan suara. Seme
ntara nama - sudah tentulah dipanggil nama watak, bukan harimau, zirafah atau kuda belang!)



6. xxx terus meletakkan telefon rumah di atas ganggangnya tanpa menunggu anaknya berkata-kata
(perkataan yang sesuai bagi menggantikan telefon rumah adalah gagang telefon kerana yang diletak adalah gagang telefon)
(ejaan ganggang sepatutnya dieja  g-a-g-a-n-g)



7. 
Sekali lagi xxx menggangguk tanda setuju(secara dasarnya perbuatan mengangguk adalah untuk menyatakan persetujuan, kecuali diterangkan sebaliknya. Maka, perlukan kita tulis perkataan tanda setuju itu?)



8. 
Serta merta dia melambai memanggil gadis 

(melambai dalam petikan ini jelas memberitahu bertujuan untuk memanggil. Perlukah lagi perkataan memanggil?)


9. Dia yang melihat segera menghampiri.

(Perkataan segera menghampiri adalah respon daripada perbuatan melihat perbuatan watak lain yang berkomunikasi dengan watak ini. Perlukah perkataan melihat?)


10. Diangkatnya tangan melihat jam di pergelangan tangannya, masa sudah melepasi jam tujuh suku petang

(perbuatan melihat jam di pergelangan tangan adalah rentetan daripada perbuatan mengangkat tangan. Tidak perlu menerangkan (show) pada perkara yang tidak membantu.)


Contoh di atas saya simpulkan berpunca daripada kekurangan penguasaan kosa kata di dalam Bahasa Melayu. Sebagai penulis, penting bagi kita mempunyai kelebihan ini untuk memberi gambaran tepat dan terperinci untuk memastikan isi cerita sampai kepada pembaca. Salah satu cara menambah kosa kata ialah MEMBACA. Tiada cara lain...

Wallah hu alam.

Sertai kami seandainya anda sudah bersedia. Pakej kelas penulisan bermula dengan RM250.00

1. Kelas asas blog dan penulisan - online & offline
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes - online & offline
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas urus akaun wahm/soho - daftar di http://kelasonlineurusakaunbisneskecil.blogspot.com
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas online bina blog borong telekung solat (terhad kepada 30 orang sahaja)
8. Pendaftaran Pengurus Online
9. Projek Duit Raya di http://projekduithariraya.blogspot.com (Pakej untuk bulan puasa, raya dan rumah terbuka. Stok sedia ada)

Servis yang kami tawarkan:
1. Tempahan blog bisnes - siap 3 hingga 5 hari




2. Beriklan di SOHO directory juga bersama pautan 750 blog

cari saya di :

emel : monalitamansor@gmail.com
whatsapp : 011-197337269
facebook : Monalita Mansor



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung