Thursday, 26 June 2014

Macam-Macam Ada 17 : 101 Kesalahan Yang Biasa Dilakukan Oleh Penulis

Salah Masuk Tandas!


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Pernah berlaku dalam hidup anda insiden salah masuk tandas,atau sengaja buat-buat salah masuk atau main redah sahaja sebab perut dah diamuk tsunami, tandas perempuan pulak penuh atau berkunci dengan mangga sebesar penumbuk budak?

Insiden ini juga berlaku dalam dunia penulisan. Namun begitu, bukanlah kes penulis salah masuk tandas, ataupun 'menskodeng' tandas berlainan jantina kerana mencari ilham. Salah masuk yang saya maksudkan ialah sesukanya menukar POV ketika menulis.


POV dalam istilah biasa ialah sudut pandangan. Anda, penulis perlu maklum mengenai sudut pandangan yang perlu anda gunakan sebelum anda menulis. Jika anda menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu 'saya', 'aku' atau 'kami', pastikan anda berada di trek sehingga ke perkataan tamat di penghujung cerita.
Begitu juga sebaliknya jika anda menggunakan sudut pandangan orang ketiga, sama ada serba tahu atau terhad, pastikan anda jangan pandai-pandai mengaku watak itu sebagai 'aku' tanpa sebab.

Monolog dengan naratif sudut pandangan orang ketiga adalah berbeza. Monolog adalah ungkapan di dalam hati, atau suara hati watak dengan diwakili tanda pembuka dan penutup kata ('). Manakala naratif orang ketiga, tidak akan menggunakan ganti nama aku, kecuali dalam dialog. Faham? tak faham....saya bawakan contoh.

Contoh 1


Mak Tom meninggalkan anak gadisnya, termanggu-manggu keseorangan. Hidayah yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu bilik di peluknya erat. Mak andam yang berdiri di hadapanku mula meletakkan barang-barang andamannya di meja solekku

Mak Tom, anak gadisnya, ganti nama diri 'nya' menunjukkan petikan ini menggunakan POV3 - iaitu sudut pandangan orang ketiga. Daripada bukit mana timbulnya 'ku' pada perkataan hadapan dan solek?

Contoh 2
`Terima kasih sayang,’ bisik Aizat ke telinganya. Redup pandangan matanya menatap wajah kekasih yang kini menjadi miliknya yang abadi. `Ya ALLAH, terima kasih kerana KAU telah memperkenankan permintaanku ini. Amin.’ Doanya dalam hati.

            “Aizat, bergambar dulu, buat kenangan. Lepas ni nak sanding pulak,” Nazrul bersuara sekaligus mengambil gambar kami berdua dengan penuh semangat.

Jangan keliru dengan kehadiran 'ku' dalam ayat perenggan pertama kerana 'ku' berada di dalam dakapan (') dan fungsinya betul sebagai monolog. Bagaimanapun, sekali lagi, bagaimana pula perkataan ganti nama 'kami' iaitu ganti nama diri orang pertama boleh berada di tengah-tengah ayat yang kedua?

Fikir dan renung. Selamat Menulis

Akademi Bekerja Dari Rumah kini sudah mencapai lebih 600 blog dan pendaftaran kini, alhamdulillah setiap hari.
12 guru online sedang bertugas. 22 kelas secara online sedang berlangsung setiap hari. 

Kami menawarkan dua kelas online di bawah.
1. Kelas asas blog dan penulisan

2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes

3. Kelas belajar iklan di mudah.my

4. Kelas penulisan kreatif online, (Yuran RM250, dua ebook rujukan)

Selepas pilih kelas, pilih yuran1, yuran2, yuran3, atau

yuran4. 

Kemudian daftar dan isi borang pada ruang disediakan.


Yuran 1: RM150
Sebuah ebook rujukan-ebook asas blog

Yuran 2: RM180
Tiga buah ebook- ebook asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom


Yuran 3: RM200
Empat buah ebook- asas blog, ebook mula bisnes butik online, ebook super wahm super mom
Percuma- 101 Idea Home-Based Bisnes


Yuran 4: RM300
Untuk dua kelas serentak, 3 ebook rujukan, asas blog, bisnes butik, 101 idea home based bisnes

emel : monalitamansor@gmail.com untuk keterangan lanjut. 

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung