Monday 19 May 2014

Pertemuan Rentas Rasa Santai Mantai Asam Pedas GMM1 - 2014 Wilayah Tengah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Zu Nani dan koleksi peribadi

Assalamulaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tanggal 18 Mei 2014, satu perjumpaan santai ahli-ahli hawa GMM telah diadakan di taman berhampiran KLCC. Sebuah majlis yang memang santai. Diserikan dengan hujan orang kaya, yang tidak berhenti turun.


Perjumpaan sepatutnya berlangsung pada jam 10.00 pagi. Itupun saya kelewatan lima belas minit. Nurhidah atau Dayah sudah sampai sambil mengheret troli berisi air minuman. Menunggu hujan reda sedikit, kemudian kami berteduh di bawah pondok betul-betul di sebalik bukit bertentangan dengan Suria KLCC dan dibatasi oleh kolam dan air terjun.


Saya terus memulakan sesi mengedit naskah manuskrip Nurhidah. Lebih mudah mengedit berdepan tetapi kesukaran kerana tiada WIFI untuk mengakses beberapa maklumat yang diperlukan untuk mencantikkan manuskrip.


Beberapa kali saya dihubungi oleh bonda Wan Mazlah yang menunggu di masjid As-Syikirin. Dia sudah sampai awal tetapi dimaklumkan pertemuan berlangsung di situ. 


Beberapa ketika kemudian, admin GMM, Asmah Hashim, orang kuat - Zu Nani dan bonda Wan Mazlah muncul dan hujan pun tidak terasakan. Nama pun sesi santai tiadalah ucapan alu-aluan dan penutup bagai.  Kami hanya bertukar-tukar cerita sambil menanti kedatangan asam pedas Dila.


Jam 12.00 Dila muncul bersama Siti Khatijah. Dan kami, apa lagi menyerbu asam pedasnya dengan dibantu daging goreng yang dibawa oleh bonda Wan Mazlah. Sambil makan, bergelak ketawa, tak mengingatkan dunia. 

pelbagai cerita ditukar, pellbagai petua penulisan beredar. Bagaimanapun, ia dengan satu matlamat, untuk memastikan aura penulisan kekal abadi di dalam diri masing-masing. 


Saya mengundur diri pada jam 12.00 lebih kerana Datok Panglima sudah menuntut janji. Janji haruslah ditepati.  









Bagaimanapun, ini bukanlah pertemuan pertama dan terakhir. Saya dan kawan-kawan merancang untuk mengadakannya di Taman Tasik Titiwangsa, insya-Allah.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung