Saturday, 18 January 2014

Tabung Kontraksi

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Merancang kehamilan seterusnya
Berbincang dengan suami untuk kelahiran seterusnya. Beberapa faktor perlu diambil kira iaitu merancang bilangan anak, jarak untuk setiap anak, status kesihatan ibu, usia ibu ketika melahirkan anak pertama. Jarak yang disarankan ialah dua tahun untuk setiap anak, juga ibu tidak digalakkan hamil pada usia 35 tahun ke atas, kerana faktor kesihatan dan komplikasi yang mungkin akan dialami sekiranya hamil. Mendapatkan pandangan pakar perbidanan adalah keutamaan sekiranya anda ingin merancang kehamilan.

Petikan di atas saya ambil daripada e-book Puan Masayu Ahmad yang terbaru, Panduan 44 Hari Berpantang Tradisional dan Moden. Apa pulak kena mengenanya berpantang dengan kewangan?
Eh, banyak kena mengenanya. Sekarang kos bidan, kos hospital tak payah ceritalah, bak kata budak-budak sekarang 'sendiri mau hengat' lah. Kos tukang urut, kos lampin pakai buang, kos itu, kos ini, sampaikan ada yang sanggup hadkan proses 'pemberanakan' disebabkan masalah ini.

Tetapi, benarkah sebegitu kronik masalah ni? Kalau kita bekerja, mungkin segala biaya ditanggung majikan, itupun bukan semua majikan. Ada juga yang awal-awal beritahu, sakit cari sendiri, cari duit sendiri. (Kurang asam!)

Pengalaman sendiri dalam bidang 'pemberanakan' ini, sama ada bersalin di hospital kerajaan atau swasta, faktor kos sudah menjadi perkara kedua selepas keselesaan di dalam ketidakselesaan menghadapi kontraksi. Bagaimanapun, satu hal yang saya lakukan untuk bersalin di hospital swasta, ialah menabung sebaik sahaja tahu yang kitaran haid sudah tidak normal. Meskipun pada akhirnya terpaksa juga menokok di sana sini, tetapi setidak-tidaknya tambahan itu tidaklah sebegitu banyak berbanding kita terpaksa mengorek sumber kewangan secara pukal. 

Bagaimanapun, ada juga cara untuk mengelakkan 'tabungan kontraksi' ini. Kita boleh juga memilih hospital kerajaan mana yang menawarkan khidmat yang lebih baik jika inginkan perkhidmatan yang lebih selesa.  Pengalaman saya di HOSHAS, Temerloh berbeza dengan hospital lain di tengah Kuala Lumpur atau di pinggir banjaran Titiwangsa. 

Saya masih ingat lagi apabila ditanya oleh seorang doktor muda pada petang raya kedua,
"Kenapa puan tak mahu keluar wad sedangkan puan dah boleh 'discharge' hari ni?" Sebelum saya menjawab, hati saya dah tergelak dulu. Mesti dia ingat aku ada masalah dengan encik suami sampai tak nak keluar hospital.

Tapi, layanan baik doktor dan jururawatnya memang tip top. Walaupun wajah masing-masing tak dapat menyembunyikan duka sebab tak dapat makan kuih raya dengan sanak saudara. 

****Saya ini bukanlah sesiapa,
        maka haruslah menunjukkan muka,
        Kabus Rindu itu buah tangan saya,
        Terbitan EMP penerbit baru juga. 


**** Setiap hari akan ada pelajar baru yang mendaftar dengan Kelas Asas Blog anjuran akademi bekerja di rumah. Best sangat ke? Entahlah. Cuba anda pm saya. Saya beritahu best ke tidak.




No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung