Sunday, 19 January 2014

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Tuntutan Oleh Waris.

Teks : Monalita Mansor
Gambar : 

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Ada sedikit kedukaan menjentik hati saya sebaik sahaja membaca status yang dikongsi oleh Anys Idayu Zakaria dan Zaleha Mustafa yang diambil daripada wall Farah Farhan Fatah.

Ada isteri yang kematian suami. Dia tak tahu apa password akaun suami, pin number atau apa2 dan dia adalah surirumah. Acc suami dah kena freeze dan anak 5 orang untuk dibesarkan. Segala fund akan masuk amanah raya dan dibahagikan tetapi proses tersebut ambil masa. Buntu katanya. Selama ini dia bergantung harap pada suami sahaja. Suami kerja besar, tetapi apa boleh buat semuanya telah dibekukan. Skrg mengharap ihsan orang menderma. 

Duka kerana sebelum ini, saya telah memuatnaikkan perkongsian mengenai cara-cara membuat tuntutan bagi waris kepada penyimpan akaun yang telah meninggal dunia. Saya tidak tahu seserius mana kes sahabat kita di atas, sehingga simpanan tersebut telahpun digerakkan ke Amanah Raya Berhad. 

klik di di sini

Sekarang, pertama sekali.  Apa dokumen yang perlu anda bawa untuk membuat tuntutan?  WARIS dalam terma perbankan ialah isteri/suami/anak/ibu dan bapa.  Harap maklum

1.  Kad Pengenalan anda.
2.  Salinan Kad Pengenalan Si Mati.
3.  Sijil Asal Kematian Si Mati
4.  Surat Wasiat (jika ada), atau apa-apa surat yang ditandatangani oleh Pesuruhjaya Sumpah yang mengatakan pembahagian harta/ surat daripada Amanah Raya Berhad
5.  Grant of Probate/Letter of Administration daripada pejabat Tanah (jika ada)
6.  Surat Beranak/Surat Nikah yang disahkan atau apa-apa dokumen yang membuktikan hubungan anda dengan si mati (skandal-skandal, tak main!)
7.  Buku akaun/penyata akaun milik si mati - (untuk tuntutan akaun simpanan/akaun semasa persendirian)
8.  Penyata akaun syarikat (untuk akaun simpanan semasa perkongsian)
9.  Surat daripada rakan kongsi (jika rakan kongsi lebih daripada seorang) bersetuju untuk tutup akaun kerana kematian si mati.



Diharapkan perkongsian ini membantu anda semua. Insya-Allah.

Inilah di antara misi saya berblog, berkongsi kemahiran dan pengalaman untuk membantu sahabat-sahabat yang lain. 

PM untuk masuk ke kelas. 

No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung