Friday 17 January 2014

Prasangka Kaunter - Pembaziran Pahala

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Saya masih belum berpuas hati apabila melihat ramai warga sebaya ataupun lebih tua daripada saya memenuhkan ruang lobi pejabat pos pada hari sesak semata-mata untuk membayar sehelai atau dua helai bil api, air, telefon atau bil utiliti lainnya.

Ikutkan hati, mahu saya membuka kaunter online di situ juga dan mengutip setiap bil tersebut dan membayarnya secara online tetapi sudah tentulah tak boleh. Itu pejabat pos, bukannya kaunter bawah pokok!

Saya tetap ingin menyeru pada kawan-kawan yang tak biasa membayar bil secara maya, biasa-biasakanlah. Berhematlah dengan masa anda. Sayangilah masa yang boleh digunakan untuk mengemas rumah, mengemaskini blog, membasuh kain, menyapu sampah, mengemaskini 'facebook', daripada beratur panjang atau terlelap tersengguk sambil menahan maki hamun dalam hati. Marah kat siapa? dah tentu kaki tangan kaunter atau frontliners lah.

'Lembap.'
'kenapa buka satu kaunter aja...'
'Dah tahu orang ramai, tak payahlah pergi makan.'
'Kenapalah customer ni buat banyak transaksi. Kalau nak buat banyak, ambillah nombor lain.'
'yang sorang tu kenapa tutup kaunter, dah tahu orang ramai, buat kerja sendiri pulak.'

Jangan nak tipu! Itulah antara persoalan yang selalu bermain di dalam kasut...err..di dalam minda pelanggan seperti anda dan saya. Maka, ada baiknya kita menjimatkan prasangka, masa menunggu, tambang bas, duit minyak dan segala mala belanja yang tak sepatutnya dengan belajar membayar bil secara online. Tak susah sebenarnya, kalau bimbang salah, boleh rujuk kepada kakitangan perkhidmatan bank-bank yang berkenaan di talian bebas tol yang disediakan.

Selamat Mencuba dan Selamat Menjimatkan Masa.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung