Tuesday, 3 December 2013

Berjimat Semasa Bercuti

Teks   : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Sudah masuk Disemberpun.  Sudah menjadi trend golongan pertengahan di Malaysia untuk menghabiskan cuti sekolah dengan melancong.  Ada juga pelbagai cara lain bagi  ibu bapa menghabiskan cuti sekolah anak-anak.  Sama ada bercuti bersama-sama, atau menghantar anak-anak sahaja bercuti, membiarkan ayam itik mak ayah di kampung tidak senang duduk, tidak senang berlari dan tidak senang terbang.  Kesemuanya gara-gara cucu di bandar balik dan bertapa di dalam reban ayam.

Satu hal dalam langkah penjimatan sebelum memulakan perjalanan, ada baiknya kita melakukan perkara-perkara berikut:


  1. Pastikan sarapan diambil terlebih dahulu jika perjalanan dimulakan pada sebelah pagi.  Jika perjalanan  awal pagi, ada baiknya kita bangun awal dan menyiapkan sarapan yang boleh dimakan di dalam perjalanan.  Tidak perlu sarapan yang berat-berat.  Memadai hidangan ringkas seperti sandwich sebagai pengalas perut. 
  2. Pastikan bekalan air kosong dibawa secukupnya.  Anak-anak selalunya sangat teruja dengan minuman.  Singgah di stesen minyak disuruhnya kita belikan air kotak.  Berhenti sekejap di RnR, dimahukan air bergas.  Lalu ada baiknya kita sediakan air kosong atau air bergula di dalam kereta siap-siap, supaya tidak menjadi isu besar di kalangan anak-anak dan sesama ibu bapa sendiri. 
  3. Berhenti rehat apabila perlu sahaja seperti untuk solat, buang air, tidur seketika dan jangan terlalu kerap berhenti untuk membeli sesuatu yang tidak perlu.  
  4. Jika perjalanan pada sebelah tengahari,ada baiknya perjalanan dimulakan selepas makan tengahari  dan solat zohor supaya perjalanan menjadi lancar.  Lancar daripada segi kos makan tengahari di luar dan kos masa.
Wallah hu alam.  


No comments:

Post a comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung