Wednesday 25 October 2017

Relakan Nubari

Assalamualaikum.

Tadi, mak marahkan Sakinah sebab keluarkan pewangi kain. Dicurahkannya di dalam bekas plastik di depan tandas. Masa tu mak tengah sibuk lap air kencing dia. (Baca: mereka sedang berlatih hidup tanpa lampin pakai buang)

Mak jentik jari dia. Tapi, belum insaf rupanya budak debab diva ni. Diketuknya dinding mesin basuh sampai jatuh bekas tadi ke dalam mesin basuh. Wangi nianlah mesin basuh mak!

Mak bisingkan dia lagi. Tanya dia, "Sakinah ni dah kenapa?"

Dia tunduk. Tarik muka senget. Nak menangis. Damia datang dekat Sakinah. Pegang muka Sakinah dan peluk Sakinah. Sakinah pula elok melentokkkan kepala di bahu Damia.

Melepaskan lara dimarah emak, kaedahnya. Mak tahan ketawa. Memang drama sungguhlah diva debab dua orang ni.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung