Showing posts with label JS Adiwarna. Show all posts
Showing posts with label JS Adiwarna. Show all posts

Wednesday, 27 December 2017

Antologi Cerpen Kelip-Kelip Kusangka Api - Dia Yang Manis Tunggu Di Jendela (Noor Suraya)

Assalamualaikum.

Tajuknya manis. Tetapi plotnya tidak semanis tajuk, maksudnya ada konflik, ada klimaks malah latar yang mencabar juga sudah mencabar minda pembaca untuk meneruskan pembacaan. Pemilihan diksi yang segar menjadikan cerita ini bergerak laju di atas landasannya.

Malangnya, terlalu laju. Dan, kalau boleh seperti yang ditanya penulisnya - mahu dipanjangkan menjadi novel? Kisah cintanya mungkin biasa tetapi wataknya yang mungkin berbeza membuatkan anda ingin berada dalam latar itu.

Sanggupkah Abdullah Uwais tukarkan Kedah Darulaman dengan seorang Chahya Sujan Kansakar?


oh...terasa seperti Manisha Koirala pulakk...

Tuesday, 26 December 2017

Antololgi Cerpen Kelip-Kelip Kusangka Api - Doa Seorang Kekasih (Aulia Iman)

Assalamualaikum. Tengok tajuk, simple. Maka kita menyangka ia hanyalah kisah cinta, kau cinta aku, aku cinta kau, dan aku cinta dia. Oppss...tunggu dulu. Ia bukan kisah cinta yang klise. Mungkin tajuknya ...ya...anda rasa begitu. Ia kisah cinta yang dijalin dengan magisnya kesabaran dan keredaan. Ada orang boleh bersabar tetapi tak mampu untuk reda. Ada orang boleh reda tetapi kurang sabarnya.
Watak utama, Sarah, menggabungkan kedua-dua elemen itu.

Di mana kekasih dan di mana pula doanya?

Yang itu, haruslah dibaca sendiri.

daaa....

Takdir dan tadbir. Kita ditakdirkan dan diberi pilihan untuk mentadbir takdir kita sama ada kita memilih jalan yang diredai atau jalan pintas yang menyukarkan diri kemudian hari.

Monday, 25 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Gelap. Hitam. Kosong (Wizana Emilia)

Assalamualaikum.

Idea menarik. Sebuah lagi cerpen yang mengadunkan genre kekeluargaan dan suspen. Namun begitu, ia tetap harus dibaca sehingga ke akhirnya.

Thursday, 21 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Kubur Panjang - Kuala Ketil - Kulim (Syarmiza Basir)

Assalamualaikum.

Cerpen berlabel nombor 18. Olahannya menarik, malahan mesej yang nak disampaikan oleh penulis sampai ke hati saya. (Hati saya. Hati orang lain, saya tak tahu) Intipati ceritanya sarat dengan nasihat dan moral yang perlu difikirkan dalam-dalam.

'Sabar macam titis-titis air dalam gua. yang menitik jatuh beratus-ratus tahun barulah terbentuk sebuah kolam kecil atas bongkah batu keras.'


Disebabkan cerpen saya pun ada di dalam antologi ini, segala komen teknikal tidak akan disiarkan untuk tidak mewujudkan konflik kepentingan dan unsur ketidakadilan.

Wednesday, 20 December 2017

Antologi Kelip-Kelip Kusangka Api - Matahari (Chrysalis)

Assalamualaikum.

Pemilihan kata-kata indah (quotes) sangat menarik dan seperti pengiring yang memayungi cerita. Penulis bijak menggerakkan cerita dengan kronologi waktu yang gemalai. Penamat yang boleh dijangka tetapi memuaskan hati.

Saya lagi tua daripada kakak sulung awak

Tapi, awak lagi muda daripada abang ipar saya yang sulung.


Sunday, 10 December 2017

Friday, 1 December 2017

Antologi Cerpen Kelip Kelip Kusangka Api : Surat Dari Kutubkhanah (Ika4may)

#aca6kkka
Masjid mengumandangkan bacaan Al Quran. Izrail menyelesaikan tugasannya subuh tadi.

Latar dilukis dengan pernyataan dan bukan gambaran.

Angin musim tengkujuh, bawalah rindu ini pergi bersama wajah dia yang masih melekat di hati.

Wednesday, 29 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api : Tidurlah Soniaku ( Nor Janati Ibrahim)


#aca6kkka
Sebelum jemur kain. Naskhah kreatif pertama Pengarah Muzium Negeri Perak.

Orang Melayu begitulah. Budi bahasa dan adat kena jaga. Kera di hutan disusukan, anak di rumah pun mesti tidur kekenyangan.

Meraikan Jawi. Baca dari kanan.

Tuesday, 28 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangka Api - Waris II (M Muhaimin)

#aca6kkka

Pantau keadaan cuaca sebelum jemur kain.

Rimba adalah jiwa. Mati alam, matilah kami dan seluruh generasi. Pantang bangsa durhaka pada ibu bumi.

📖 cubaan kombinasi dua sudut pandangan dalam cerpen - kemas

📖 bahasa segar dengan latar dan fakta dijalin cantik

📖 transformasi kematangan karya Muhammad Muhaimin

Baca dari belakang. Meraikan tulisan Jawi.

Monday, 27 November 2017

Kelip Kelip Kusangka Api : Tum (Mahizan Husain)

#aca6kka
Hujan. Menikmati karya Bollywood tanpa lagu.

 Siapa orang yang kau cinta?
(Tum)
Orang yang apabila aku tutup mata, aku nampak dia.

Siapa orang yang kau nampak apabila kau tutup mata?
(Tum)
Orang itu ialah orang yang akan aku nampak di Sheesh Mahal.

Tum. Tum. Tum.

Eh..eh..teringat Bobby pulak.

Sunday, 26 November 2017

Antologi Kelip Kelip Kusangkakan Api : Warung Bakso Saka Tok Meon {Tany Leia Harris)

#aca6kkka
gambar kredit : JS Adiwarna
Baca dari depan memanjang tak habis. Kita mula dengan cerpen akhir dulu.

- Falsafah tersirat tentang upaya anak muda
- Kelip-kelip dalam penafsiran minda keusahawanan

"Aku rasa kita dah terlebih over dalam bab lampu ni. Kalau tengok dari dekat boleh kena sawan tengok lampu kelip-kelip seterang ni." Aaron

"Kalau terang macam ni, bukan aje dari kampung sebelah, dari planet sebelah Bumi pun boleh nampak."

cc: Tany Leia Harris

Saturday, 25 November 2017

Jelita Pertapa

#aca6kkka
Cerpen no.15: Jelita Pertapa oleh Monalita Mansor

"Hutan melarat dimakan api,
Pokok ditanam habis mati;
Intan manikam mahligai hati,
Kalau hilang payah berganti."

“Anakanda, Tuanku Panji Cahaya itu bukan dongengan. Turunlah anakanda menjejak baginda. Bawakan dia menghadap ayahanda. Kembalikan cintanya kepada leluhurnya.” Tuanku Bongsu Si Mambang terikat dengan janji. Setia dan kasih menjadi galang ganti pada kebahagiaan diri.

Maka, berangkatlah akan si sunti itu meneruskan pencarian leluhur yang ingkar janji. Azam disematkan pada nubari bersama panji kerajaan Kayang Buana. Anak raja yang tewas dengan cinta kedua itu perlu diseret pulang menugal ikrarnya.

“Tuanku Panji Cahaya itu, indah kejadiannya. Wajahnya bagai disuluh purnama empat belas. Tegaknya agam dan di dadanya bersilang busur emas berkilau-kilauan. Busananya indah permai tidak terkatakan. Sampingnya bertekat benang emas dan seluar
panjutnya bagai dihiasi kaca menyilau mata.

Destarnya Dendam Tak Sudah berjuntai mutiara di depannya.
Bersurat kalimah halimunan Sulaiman, beberapa ilmu hikmat pemanis serta pelias peperangan. Di tangannya tergenggam pedang kebesaran sebesar paha budak bercerai susu.”
__________________

Cerpen ini tentang Jelita alias Tuanku Bongsu Si Mambang yang diarahkan oleh ayahandanya untuk mencari Tuanku Panji Cahaya si alam manusia. Dapatkah Jelita membawa semula Tuanku Panji Cahaya pulang ke Kayang Buana?

Membaca cerpen ini membuat anda berimaginasi. Tidak kurang juga mencari pensel dan kertas untuk mencatat setiap pergerakan jalan cerita supaya tidak hilang arah dalam pembacaan 😉.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung