Friday, 20 June 2014

Tanya Allah

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Facebook.


Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Semalam, saya hadir semula ke tempat kerja lama. Saja-saja la, buat lawatan sambil belajar. Sambil tu menghantar bantal kekabu yang dipesan bekas bos saya. Sambil tu jugak, saya bawa tudung Haziq Scarf yang dijual dek adik saya. Saya tukang tolong bawa aje.

Nak jadi rezeki agaknya, Ana, bekas teman sekerja siap bawa pulut kuning dengan rendang ayam, siap dengan agar-agar dan nasi impit, tapi sambal tumis ikan bilis ditinggalkannya. Aduhai. Sentap sekejap. Layan ajelah pulut kuning dengan serunding pusu. Sedap jugak weh!

Tak banyak yang berubah sejak saya tinggalkan tempat kerja saya tu. Masih cerita yang sama, hanya yang seronoknya pulut kuning tu dibawa oleh sahabat yang akan meninggalkan cawangan tersebut dan akan bergerak ke cawangan baru mulai minggu depan.

Dalam hidup, sepertinya kita sudah selesa dan sukar untuk bergerak daripada kedudukan sekarang. Namun  ada beberapa tuntutan yang perlu kita gariskan yang menentukan pilihan sekarang adalah yang terbaik atau kita perlu berhijrah hingga bertemu titik penentu kebahagiaan itu.

Untuk sahabat-sahabat yang masih berada di ruang lingkup yang sama, saya doakan buatlah keputusan terbaik sama ada untuk meletakkan kedua-dua kaki di luar atau terus berada di dalam persekitaran itu. Pilihan di tangan anda. Kalau tak tahu pilih, tanya Allah.

Wallah hu Alam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung