Tuesday, 24 June 2014

Macam-Macam Ada 16: 101 Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Penulis

Roti Canai Garing Berkuah Kari 


Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.

Saat menatap roti canai yang garing tapi kuah karinya 'ado' dalam terma bahasa slanga sekarang, saya terfikirkan sesuatu. Karya sama ada berbentuk pop atau sastera di Malaysia seumpama roti canai. Terpulang kepada pembuatnya, bermula daripada segi bancuhan, sehingga mencanai dan proses akhirnya iaitu garing atau tidaknya.

Kemudian, kita akan cecah dengan kuah dal,kari, sambal, kuah sardin, waima susu ataupun gula, mengikut selera kita. Bagaimanapun, roti canai itu nanti akan bertukar rasa sebaik dicecah dengan bahan campuran tersebut. Kalau enak kari, dal atau sambal, maka bertambah enaklah rasanya dan makin berselera kita menikmatinya. Begitu juga sebaliknya.

Cerita yang menarik adalah roti canai. Saya analogikan begitu. Ada penulis pandai bercerita. Ceritanya lain daripada yang lain, ada twist, ada boom, ada konflik umpama roti canai yang sudah diadun sesedap rasa kemudian dicanai di atas api sederhana.

Namun begitu, dia gagal mempersembahkan cerita. Dia gagal memasukkan gaya bahasa, tatabahasa lintang pukang, maksud tak sampai, ejaan salah, dialog berjela-jela, naratif tak membantu cerita, lucah, ganas, atau tidak menepati etika penulisan - analoginya, kuah roti canainya terlampau masam, masin, basi atau terlampau pedas.

Ada juga penulis yang memang tak pandai bercerita. Cerita klise amat, dah 10 orang penulis terdahulu buat cerita tu...dia nak buat lagi. Degil sesangat TETAPI dia pandai merencah kari, dal dan sambalnya. Ceritanya yang klise menjadi menarik dengan garapan yang cantik, bahasa yang waima tak tersusun tapi mudah difahami pembaca, punch line yang bersahaja (bak kata Hayati Ahmad)

Maka, terpulang pada anda, lihat kekuatan anda. Sama ada anda pembuat roti canai yang mahir ataupun penumis kari, dal dan sambal terbaik. Semuanya di tangan anda.



Entri ini saya tulis berdasarkan pemerhatian saya terhadap karya-karya pop tempatan.

*****

Ingin menambah pendapatan di bulan Ramadhan?

[BISNES ONLINE GAYA M.U.D.A.H] 
Kenapa mudah?
>>boleh lakukan secara online oleh suri di rumah
>>boleh dilakukan secara part time ketika masa rehat oleh suri bekerjaya
>>tak perlu simpan stok
>>sekali yuran pendaftaran sahaja 
>>penghantaran diuruskan pasukan khas

Alhamdulillah, ahlan wa sahlan pelajar jun 2014, kami sedang rancak menerima pendaftaran untuk kelas mula bisnes
- Kelas telekung solat borong dan runcit
- Kelas mula bisnes makanan sunnah
- Kelas mula bisnes projek raya

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung