Banyak-banyak
Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Jika entri sebelum ini kita mengupas mengenai kata adjektif (kata penerang) ramai, hari ini saya bawakan perbincangan mengenai kata adjektif 'banyak'. Secara harafiahnya banyak didefinisikan sebagai
bukan sedikit
bilangan
besar jumlahnya
Oleh itu secara mudahnya kat adjektif banyak boleh digunakan untuk menggambarkan jumlah, bilangan sesuatu yang bernyawa seperti manusia, binatang atau objek tidak bernyawa. Manakala kata adjektif ramai juga menggambarkan sesuatu tetapi menjurus kepada keadaan, bukan bilangan.
contoh :
Banyak wanita suka memakai shawl dewasa ini.
Pak Maun menangkap banyak udang malam tadi.
ramai
Semua terpegun melihat keramaian yang gilang-gemilang itu.
Keris sempena ganja menampang
pakaian anak raja Melayu
banyak-banyak pergi berdagang
bencana banyak mendaun kayu
sumber : Kurik-Kurik Merah Saga
wallah hu alam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D