Monday, 26 May 2014

Mentua Aku Shogun Tokugawa - 4

Baca untuk pastikan anda memenangi satu daripada hadiah-hadiah untuk Kuiz Pra-terbit Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa. 
nantikan pengumumannya. 


B
AB EMPAT (4)












AWAK tahu betapa sayangnya saya pada awak kan?”



Dia melihat sepasang jemari berada erat di dalam genggaman Aizat namun kelihatannya bagaikan dalam bebayang. Genggaman itu seakan mengisi ruang tetapi tidak terasakan. Mata Aizat yang sedikit sepet merayu berada dalam pandangan. Menyalur debar asmara tak bertepian di dalam dada.


Sayang.saya tak sanggup kehilangan awak. Lepas kita kahwin, saya nak bawa awak jauh dari sini. Saya nak awak selalu ada di depan mata saya. Tapi saya nak dengar pengakuan dari mulut awak dulu…boleh? Suara Aizat didengarnya lembut di pendengaran. Dia melihat dagunya disentuh tetapi sentuhan itu bolos. Pandangan Nayla berkaca. Desir angin petang melagukan irama syahdu bagai mengiringi resah dua hati yang telah terpisah sekian lama. Mentari menyembunyi diri membiarkan suasana damai berlarutan.


Saya…saya tak tahu Aizat.” Nayla mengelak. Tak tahu apa? Wajah Aizat semakin mendekat. Nayla!


Nayla! Selagi mak tak mati, mak tak akan izinkan lelaki seperti Aizat dekat dengan kau. Kau ingat tu!!” suara itu semakin lama semakin memantak sehingga berdesing dan bergaung di telinga. Kemudian ia berbunyi lagi tetapi dihalakan ke arah lain. Arah lain yang semestinya bertentangan dengan Nayla. Ke arah Aizat.


Kau memang tak sedar diri kan? Kau tak nampak ke kau memang tak sepadan dengan anak aku ha? Telunjuk Puan Mariam mengacah-ngacah di muka Aizat.


Mak!



Hidung tak mancung. Pipi tersorong-sorong. Pergi cari cermin. Suluh dulu muka kau sebelum nak berkawan dengan anak aku!


Mak.”



Saya  sayangkan  Nayla  makcik...”  Aizat  cuba  meraih  tangan  Puan  Mariam laksana memohon ampun. Kalau dapat dicium sepasang tangan bakal mentua itu, mahu diciumnya. Wajahnya meruntun kalbu, memohon ehsan seorang ibu membenarkan cinta anak gadisnya dikongsi.


Sayang? Kau siapa ha? Kau ingat aku bela anak aku untuk diberikan pada lelaki tak tahu malu macam kau? Boleh jalan dengan sayang kau! Herdik Puan Mariam dan wajahnya semakin menyinga.


Mak



Apa salah saya makcik? tanya Aizat seraya tertunduk menekur pasir.



Aku tak mahu keturunan aku nanti jadi macam kau!”



Mak!!Jerit Nayla.




Wajah Puan Mariam perlahan-lahan bertukar menjadi singa yang memerah matanya. Mula membuka ngauman pertama yang menggegar maya. Bergegar segala isi leher dan meremang rerambut di sekitarnya. Memberi isyarat yang dia sangat dominan mempertahankan kawasannya. Jeritan terakhirnya melepaskan Nayla dari mimpi ngeri. Nayla tersentap bangun dengan kaki masih terlunjur. Meraup wajah dan melafaz zikir taubat. Sepertiga malam baru menjengah.


Kenapalah dalam mimpi pun mak mesti ada?akhirnya Nayla menggaru-garu hidungnya sendiri. Dia benar-benar cemas kerana menyangkakan mimpi tadi benar. Setelah beberapa kali memandang sekeliling, dia menarik nafas lega. Tetapi, leganya tidak lama mengenangkan hujah-hujah Puan Mariam yang terlontar dan mengiang-ngiang di pendengaran.
Kalaulah Aizat tahu cuma itu alasannya bagaimanakah perasaannya?  Pasti hairan kerana di dalam zaman semoden ini masih ada manusia mempertikaikan paras rupa dan menjadikan ia kriteria teratas dalam piramid kebahagiaan hidup. Lama Nayla merenung potret Aizat yang disembunyi di belakang gambarnya sendiri ketika di rumah dahulu. Diakui, Aizat memang kalah dari segi paras rupa. Misai di atas bibirnya tidak dapat memberi bantu kepada lompong-lompong bekas jerawat di sekitar wajah. Berkaca mata dan  berhidunpesek  dan  ada  kalanya  kelihatan  seperti  juling.  Tetapi  bukan  di  situ letaknya keistimewaan lelaki sebaya dirinya itu.


Puan Mariam menghidu hubungan mereka ketika pesta konvokesyen beberapa tahun dulu.   Awalnya, Nayla mengabaikan sahaja wajah Puan Mariam yang mencuka apabila diajak bergambar bergandingan dengan Aizat.
Sangkanya, wanita suka berdandan itu keletihan kerana perjalanan merentasi lebuhraya yang jauh. Tetapi, hatinya semakin tidak sedap apabila Puan Mariam tidak mahu berenggang dengannya; apatah lagi membiarkan dia berdua-duaan dengan Aizat. Namun tidak pula dia membantah memandangkan dia sudah mengerti benar dengan sikap protektif emaknya itu. Tiada mesra terhambur dalam kata-katanya. Tetapi berlainan kalau teman-teman sekuliah mendekati.  Dia berubah 360 darjah.




Mak, orang dengan Aizat nak jalan-jalan sekejap.” Nayla sudah mula melangkah menuruti langkah Aizat. Bingkas Puan Mariam bangun dari kerusi. Beberapa buah kerusi plastik di bawah khemah tersebut sudah pun lesap ke khemah bersebelahan.


Mak ikut.”



Nayla dan Aizat berpandangan. Dahi Aizat berkerut tetapi graduan terbaik yang mendapat anugerah emas itu tersenyum sahaja.


Mak kan penat.” Nada Nayla sedikit meninggi.



Mak nak ikut.” Nada suara Puan Mariam juga meninggi pada aras yang sama. Tidak mahu dia membiarkan sepasang uda dan dara itu berdua-duaan sahaja ke sana ke mari. Selain daripada menyemakkan matanya akibat suai padan yang dirasakan mencolok mata, dia risaukan Nayla juga.


Nayla… tak apalah kalau mak nak ikut.”  Lembut suara Aizat memujuk. Sambil menggaru-garu pelipis. Sesekali telapak tangan meraup rambut kerintingnya.


Mak? Kau belum kenal siapa emakku lagi, Aizat.’ Nayla ingin menangis. Puan Mariam langsung tidak mahu beralah dan bersedia memalukan dia di depan khalayak yang lalu lalang seandainya kehendaknya tidak dipenuhi. Nurani Nayla menangis mengibarkan panji amarah.


Dah…dah! Pergilah. Jangan bertekak kat sini. Abah jaga barang kau orang.” Encik Nasir meredakan suasana sambil terus menyelak helaian akhbar di tangannya. Tidak juga diangkat mukanya untuk memandang mereka, lebih-lebih lagi Aizat.  Suasana hingar  di  sekelilingnya  tidak  membataskan  tumpuannyaNayla menarik  muka.  Puan Mariam juga menarik muka.  Eloklah tu.  Anak dengan emak sama sahaja.’   Bisik hati Encik Nasir.




Hish! Menyampah.  Menyampah! Awak tak tahu ke saya menyampah? Puan

Mariam mencampakkan beg tangannya ke atas tilam.



Terpuntang-panting beg tangan mahal itu melantun-lantun di atas tilam kelamin itu. Encik Nasir menghidupkan pendingin udara di bilik hotel tiga bintang itu. Malam ini mereka bermalam di sini sebelum bertolak balik.


Yang si Nayla tu pun satu…tersengih-sengih. Tersengih-sengih. Ya Allah, malunysaya  tengokbang. Adu  Puan  Mariam.  Berjeda  sebelum  bertanya  awak dengar tak ni? Kali ini suaranya benar-benar melekap di depan muka Encik Nasir yang sedang menanggalkan kemejanya.  Ketidakselesaan sudah sampai ke hadnya.  Dia ingin segera mandi.


Ya.. saya dengar.  Saya pun menyampah. Tapi saya nak mandi dulu.”



Iiih!   Orang tua ni.” Puan Mariam menenyeh penumbuknya ke tilam. Awak bayangkan rupa cucu kita nanti Eiii! awak tak malu ke orang nanti kata cucu Cik Yam rupa negro? Emaknya cantik. Mesti ikut kulit ayahnyaOrang Asli lagi lawa awak tahu tak.” Puan Mariam bersuara lagi sebaik sahaja Encik Nasir melangkah keluar dari bilik mandi.


Apa kata awak pergi mandi.  Lepas tu solat ke, apa ke, legakan panas hati awak tu,” saran Encik Nasir sambil tercangak-cangak ke siling hotel.


Si Nayla ni dari dulu sampai sekarang, degil. Tak mendengar kata.  Kali ni saya tak kira.  Apa nak jadi, jadilah… eh! awak cari apa ni? bebel lagi Puan Mariam.


Kiblat. Dahlah tu…serabut saya dengar. Pergi mandi tu. Lepas tu kita boleh pergi makan.”


Nak makan dengan Nayla dan budak tu ke? Saya tak naklah. Tak lalu…” Puan

Mariam menunjukkan isyarat loya. Hati panasnya belum reda.



Pergilah mandi.” Arah Encik Nasir.  Sekali lagi.



Kau  ada  apa-apa  ke  dengan  budak  tak  senonoh  tu?”  Soalan  panas  terus menyerbu sebaik sahaja Nayla muncul di muka pintu. Lama Puan Mariam menunggu untuk menjeluakkan seribu satu soalan terhadap anak gadisnya itu. Encik Nasir tenang- tenang duduk di tepi tingkat hotel. Menikmati panorama malam.  Puan Mariam mundar mandir tak ketahuan hala. Mindanya sudah bejat, gagal menyusun ayat terbaik. Apa yang
terkeluar umpama lahar, mengalir membawa wap panas.






pinga.


Kenapa dengan mak ni? Nayla yang belum sempat meletakkan beg terpinga-





Kenapa…? kau tanya.  Aku tak suka kau berkawan dengan budak tak senonoh tu.” Kemarahan Puan Mariam berterusan tanpa sempadan.


Budak tak senonoh mana?



Alah pura-pura tak tahu… yang asyik berkepit dengan kau tadi tu siapa? Kau ni dah tak tahu malu, hah? Tak tahu halal haram?


Itu Aizat.  Apa masalah dengan dia?  Apa mak senonoh benar ke? Bicara Nayla turut meninggi. Tercabar dengan jungkitan kata-kata emaknya yang dirasakan mencabar dirinya.


NaylaSuara Encik Nasir kedengaran sedikit mengeras. Memanglah Puan Mariam tidak sesempurna mana. Tetapi bagi Encik Nasir sendiri sedap mata memandang sudah memadai.


Kau  dah  bertambah  kuranajar  ya! Telunjuk  Puan  Mariam  mengacung  di depan muka Nayla.   Bicara Puan Mariam berapi-api. Turun naik dadanya menampan gelombang amarah. Mata putihnya sudah memerah.


Kurang ajar apanya?  Yang emak sesedap mulut menghina orang kenapa?Yang kau beria-ia membela dia kenapa?  Tentu ada apa-apa kan?”
Orang berkawan ajalah…” Ritma suara Nayla sedikit mendatar. Air mata mula menyerapi tubir mata. Pandangan ke dada malam menembus masa depan yang semakin sirna cerahnya.


Daripada cara dia pandang kau. Kau pandang dia, kau orang bukan berkawan. Mak lagi dulu makan garam daripada kau. Mak yang besarkan kau. Mak tahu apa yang ada dalam perut kau tu.”   Nada Puan Mariam tetap mengeras. Kau ingat sikit Nayla. Kalau mak tak suka, sampai bila-bilapun mak tak suka. Kalau kau nak kahwin jugak dengan dia, kau carilah mak bapak lain. Puan Hakim Mahkamah Tinggi sudah mengetuk penukulnya.


Siapa pula nak kahwin mak?” Nayla ingin menjerit Adoi!



Jangan nak memperbodoh-bodohkan akulah. Umur macam kau ni, kalau dah kenal kat universiti, setahun dua lagi kahwinlah. Tak sempat mak bapak nak bermanja balik, dah gatal nak berlaki.” Tuduh Puan Mariam.


Malas nak  layan  mak ni.” Nayla menghempaskan pintu tanpa peduli  jeritan

Puan Mariam di balik sana.



Awak  tengoklah  anak  perempuan  awak  yang  awak  tatang  sangat  tu.”  Puan

Mariam mendapatkan Encik Nasir yang berlagak tenang menatap warna malam.


Awak tak pernah berlembut dengan dia,” kritik Encik Nasir.



Nak lembut macam mana? Awak tengok adab dia dengan saya?



Adab  awadengasaya?  Sama  juga.  Membentak-bentak.  Awak  ingat  saya suka?” Tanya Encik Nasir, suaranya mendatar. Zass! Satu tikaman kata-kata tepat mengena ulu hati Puan Mariam. Pedih.


Eh!   Kita kan bercakap pasal Nayla. Awak sengaja nak tukar topik ya. Puan Mariam menukar arah. Awalnya tadi dia mendekati Encik Nasir untuk meraih sokongan. Dia masih merungut-rungut sambil menarik selimut. Naik ke atas katil dan tidur.


Semenjak itu Nayla menyedari yang memberi harapan palsu pada Aizat terasa lebih membahagiakan hati walau hakikatnya dia berbohong. Tidak mungkin dia membongkarkan rahsia hati kedua orang tuanya semata-mata untuk meraih cinta seorang lelaki.  Semuanya ini menjadikan dirinya terhimpit antara dua dinding yang semakin hari semakin mengasak.  Tanpa disedarinya atau tidak.


SELAMAT pagi semua. Wajah Puan Faridah ceria pada pagi itu. Seorang lagi kakitangan melapor diri dan bermakna beban tugas akan sedikit mengurang.


Ini John. Perkenalkan diri anda, John.” Sengihan wanita yang bakal pencen itu sampai ke cuping telinga.


Dan, lelaki Cina dengan nama Kristiannya, John itu memperkenalkan diri dalam slanga New Zealandnya yang sangat pekat. Mereka yang mendengarnya berpandangan sesama sendiri dan tersenyum-senyum. Biarpun berketurunan Cina, wajahnya sudah menjadi Cina Malaysia, bermata bulat dengan hidung mancung dan beriras kemelayuan jika tidak mendengar dia bertutur dalam bahasa Hokkien.


Awak akan ditempatkan di bawah pengawasan Nayla. Dia akan beri tunjuk ajar. Bermula dengan FD.” Arah Puan Faridah di dalam Bahasa Inggeris dan sudah pun berada di sebelah Nayla. Nayla menoleh ke arah Puan Faridah dan  membesarkan matanya. Awak  aja  yang  boleh  diharapkan  buat  masa  ni  Nayla.  Orang  lain  semuanya  tak penyabar. Puan Faridah menyorongkan alasan, menepuk-nepuk bahu Nayla perlahan dan mesra.


Penyabarlah sangat. Sambut Hanisah sambil ketawa.



Okey. Selamat maju jaya untuk kalian berdua,” ucap Puan Faridah dan kemudiannya kembali ke mejanya, Nayla dan John cuma saling pandang memandang Hanisah yang memegang portfolio SST (Self Service Terminal) yang mengendalikan  mesin  ATM,  cek  dan  deposit  tunai  sudah  berlari-lari  ke  lobi  SST ditemani pengawal bersenjata.


Jadinama awak Lala? John membuka bicara.



Nayla lah!  Lala. Lala.  Kau ingat aku kerang ke? Marah Nayla.



Eh… maaf.   Tapi lala sedap kalau digoreng.” La… boleh pun cakap Melayu, sindir Nayla.
Mestilah. Sayakan orang Malaysia. John ketawa kecil. Menampakkan susunan giginya yang rapi.  Bibirnya sedikit kelebaman.


Awak dah ada teman wanita, John? Nayla bersuara sambil mengeluarkan sebuku resit simpanan tetap daripada laci yang berkunci. Terpana sekejap John mendengar soalan itu. Senyum tipis tersungging dari bibirnya.


Wow! Beraninya. John gagal menyembunyikan keterujaannya.




Jangan perasan okey.  Soalan ini saya akan tanya untuk setiap staf baru.  Kalau tak ada, bagus.   Kalau ada, susah sikit.”


Kenapa?”



Kerja macam kita, nampak mudah.  Tapi tak tentu masa.  Kadang-kadang bila ada insiden tak boleh balance, awak mungkin kena stayback sampai tengah malam. Kalau teman wanita awak jenis yang tak faham, asyik nak berkepit aje, awak akan susah nanti.” Panjang lebar Nayla menerangkan sebelum menyambung, lagipun, awak perlu sentiasa fokus dengan tugas.


Awak pula? Tanya John, pandangannya menggoda.



Nayla terhenti daripada menaip kata laluan di papan kekunci di depannya.  Menoleh ke arah John yang duduk betul-betul di sebelahnya.


Tak relevan soalan tu buat masa ni. Tegas Nayla menjawab.



Tak..saya tak maksudkan apa-apa. Saja nak tahu. Tak sangka pula cawangan kecil macam ni ada staf secantik awak. Tak sia-sia mereka hantar saya kat sini.” John bersuara nakal. Nayla sekadar mendengus tetapi senyum kembang bugar di hati dipuji begitu.Lantak kaulah, John. Jangan ingat aku cair dengan puji-pujian walaupun wajah kau setampan artis jutawan Hong Kong, Jepun mahupun Korea.


Amat menjengkelkan buat sebahagian kakitangan kanan untuk mengajar kakitangan baru. Kebanyakannya akan mengambil masa mereka sendiri dan beban kerja akan meningkat apabila tugas harian terpaksa diletakkan ke tepi.  Lebih menyakitkan hati apabila setelah tiga atau empat bulan diajar, mereka menarik diri.  Berhenti kerja.


Awak nak kerja lama kat sini atau ada tawaran lain?




Kalau dapat kerja dengan bidadari macam awak, buat apa cari kerja tempat lain? Suara John sedikit berbeza kerana dagunya ditongkat tapak tangan. Matanya tepat kepada  sepasang  jemari  mulus  yang  berada  di  pengkalan  qwertdan  ;lkj  di  papan kekunci sekaligus menjalar pula melihat empunya tangan tanpa berkelip matanya. Nalini yang memerhati semenjak tadi berdehem beberapa kali.


Saya seriuslah John. Kalau awak rasa awak nak kerja dekat sini sekejap saja, baik awak beritahu saya sekarang. Saya tak payah teruk-teruk ajar awak.  Buang masa.” Nayla berterus-terang.


Hei. Dengar sini Cik Puan Nayla  yang cantik jelita. Di sini kampung saya, walaupun awak tengok tak macam kampung. Ibu bapa, kawan-kawan sepermainan, bakal isteri saya, semuanya ada kat sini. Buat apa saya belajar penat-penat sampai luar negara, habiskan duit depa kemudian pergi jauh dari depa?” tanya John, tiada riak gurauan daripada wajahnya. Nayla mencemik tetapi sedikit terpukul. Aku menghabiskan duit keluarga, belajar. Kemudiannya pergi jauh dari keluarga kerana tidak mahu meneruskan sengketa.’ Keluhan terlempar perlahan-lahan.

Kau agak-agak berapa lama dia boleh tahan kerja kat sini?” Soal Nalini sebaik sahaja John melangkah masuk ke dalam bilik pengurus yang terletak di bahagian penjuru hujung sebelah meja Puan Faridah.


Kenapa, kau nak bertaruh ke? Sampuk abang pengawal yang seorang itu. Pengawal bersenjata yang sejak tadi tegak berdiri di depan pintu. Pump gun di tangannya tidak pernah terlepas walau sesaat pun. Sesekala dia ke belakang, membasuh muka. Meski menyiksakan kerana harus berjaga-jaga sepanjang masa, setakat ini dia konsisten dengan tugasnya.


Aku tak cakap dengan kaulah!  Sibuk saja,” marah Nalini.




Suel masih tersengih seperti tadi.  Menampakkan giginya yang diranggah nikotin dan kafein. Pengawal bersenjata berketurunan Iban itu menjadi kesayangan semua orang di dalam bank itu kerana sikapnya ringan tulang. Kawan bertekaknya ialah Nalini, walaupun kadangkala Nalini berleterkannya. Menyuruh dia melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Ini memandangkan pengetahuan Suel melebihi pengetahuan kakitangan yang ada di situ. Banyak perkara dirujuk kepada Suel kalau bukan Surana ataupun Puan Faridah.


Dia dah ada pengalaman di tempat lainlah,” sela Surana tiba-tiba.



Kenapa tak cakap awal-awal. Penat aje aku ajar nanti,” keluh Nayla. Mengeluarkan semula fail Mortgage Centre yang masih menadah perhatiannya itu. Berbuih-buih mulutnya menerangkan tentang produk simpanan tetap beserta contoh resit dan informasi yang berkenaan tadi, sedang John hanya asyik memerhatikan dirinya.


Dia dalam ranking pengurusan. Tapi dia tetap budak baru. Produk-produk asas memang sama tapi ada perkara-perkara yang tak sama. Kau ingat perbankan ni terhad pada pasukan operasi macam kita ni aje kah? Dia dari pasukan audit. Kalau kau cerita fasal produk perbankan runcit, atas kertas dia mungkin faham. Praktikalnya belum tentu,” panjang lebar Surana memberi penerangan.


Lagipun, aku tengok macam bagus aja dia usha kau?” Hanisah menyampuk.Hanisah mengemaskan mejanya. Pen, resit bukti transaksi mesin deposit, kunci kotak-kotak berisi tunai, berada di tangannya tanda dia sudah bersedia untuk mengira wang deposit tunai yang telah ditolak masuk ke dalam Bilik Operasi Juruwang sebentar tadi.


Tolonglah Cik Nisah oii…takkanlah pasal aku seorang yang bujang kat sini semua orang nak mengurat aku.” Nayla berpaling ke arah Hanisah. Hanisah ketawa besar sambil berlalu mengiringi ketua juruwang.


Okey apa?  1Malaysia. Nalini  mengangkat  ibu  jari  telunjuknya  bersuara  di dalam lenggok bahasa Tamil. Suasana riuh rendah dengan dentingan isyarat Queue Time di sebelah kaunter menandakan waktu operasi perbankan sudah bermula.
Kawasan kerja mereka terpisah dengan dinding yang bertingkap kecil pada setiap kaunter. Bermakna satu meja pegawai mengawal satu kaunter. Persetujuan lisan yang telah disepakati semua. Majoriti pelanggan adalah penduduk sekitar dan pelanggan pasar pagi tetap di belakang blok bangunan bersebelahan. Biarpun berdepan persaingan dengan deretan bank di seberang jalan, ia masih menjadi pilihan kerana menjunjung nama yang agak kecinaan berbanding dengan bank lain.
Okey. Awak boleh keluar ke kaunter. Jumpa pelanggan. Perkenalkan diri, mana tahu ada yang terpikat, boleh dibuat menantu.” Nayla mengiringi John ke kaunter sebaik sahaja diberitahu John itu adalah arahan Puan Faridah.
Sebaik sahaja bersapaan, dia berbual dengan para pelanggan di kaunter bagaikan kawan lama yang puluhan tahun tidak berjumpa. Lelaki segak itu cepat sahaja menarik perhatian  tambahan  pula  dengan  slanga  Hokkien  yang  menjadi  bahasa  perantara penduduk setempat. Nayla cuma berdiri tegak lagak pengawal di sebelah John.


Mereka kata awak cantik tapi garang,” bisik John ke telinganya. Senyumlah sikit. Tak rugi.”


Eh! Banyak cakap pula dia ni. Suka hati akulah. Mulut aku. Bibir aku. Nayla berpeluk tubuh. Selesai sesi pengenalan, Nayla kembali ke tempatnya. Lima panggilan tidak berjawab terpampang di layar telefon bimbitnya. Kesemuanya daripada Puan Mariam.


Ada apa mak?” Hendak tak hendak, dijawabnya juga apabila telefonnya menggetarkan laci pertama meja kerjanya. John berdiri tegak di sebelahnya. Selayaknya seorang pelajar baru, menurut ke mana sahaja haluan gurunya. Mana ada! Orangkan pergi training.  Kan orang dah cakap orang pergi training.!Nada suara Nayla sedikit lagi mahu mencecah pangkal langit. John mengerutkan dahinya. Niatnya mahu mengikut Nayl yang   bergera ke   sudut   tersorok   di   belakang   Suel.   Tetapi   mata   Nalini melarangnya. John berdiam di sisi meja Nalini.  Mana ada marah.” Nayla merendahkan


nada,  Suel  tertoleh-toleh.  ‘Susahnya  jadi  orang  penting  seperti  Nayla  ni,’  fikirnya. Orang tengah kerjalah mak.” Rayu Nayla seraya terdiam sebelum menjawab, tak ada. Dah lama dia tak telefon orang. Berjeda lagi Nayla mendengar kata-kata Puan Mariam di corong sana sebelum berkata iya… orang nak kerja ni mak. Okeya .. bye.”


Nayla melepaskan sesak di dada. Sampai bila aku akan berterusan begini?’ Sedangkan antara dia dengan Aizat belum tentu sudahnya. Tetapi perlu pula berdepan dengan sangkaan buruk Puan Mariam yang entah di mana waqafnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung