gambar : mazliamurat@blogspot.com |
Gambar :
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Bagi penulis tempoh penilaian manuskrip selepas diperam, dieram dan dibedah merupakan tempoh ICU dan mendebarkan. Ialah, dah bertungkus lumus, tunggang terbalik memerah ilham, mencerna, mencantikkannya di dalam naskhah, impian terakhir tentu sahaja mahukan ia menjadi versi kertas yang dijilid dan dinamakan antologi, novel, novelet, himpunan puisi atau apa sahaja.
Di dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel diperturunkan oleh Cikgu Mazlia Murat 25 asbab yang menzahirkan penolakan manuskrip kita oleh penerbit. Saya bariskan 5 asbab secara rawak untuk rujukan anda. Untuk perincian, anda kenalah beli e-book ini ya.
1. Penulis tiada kredibiliti dalam tema yang diperkatakan
2. Tidak mengenali sasaran pembaca
3. Tidak mengikut ketebalan manuskrip kehendak penerbit
4. Penulis terlalu mendesak
5. Penulis terlalu tamak - menghantar manuskrip yang sama ke rumah penerbitan berbeza
E-book ini sangat berguna bagi anda yang ingin menjadi penulis, sudah atau sedang menulis. Tambah ilmu dengan mudah, dan di hujung jari sahaja. E-book ini menjadi hak anda percuma jika anda berdaftar dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif, sekarang. Atau harga pasarannya RM39.00, hanya di Akademi Bekerja di Rumah.
Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
1. Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.
2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.
3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.
4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.
5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.
Berminat, hubungi saya
Facebook: Monalita Mansor
emel: monalitamansor@gmail.com
whatsapp: 011 19737269
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D