Sunday, 25 May 2014

Syarat-Syarat Penyertaan Kuiz Pra-Terbit Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Koleksi peribadi, Zaila Mohamad dan Seri Cahaya Online

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Tiba masanya saya mengumumkan syarat-syarat untuk memenangi hadiah-hadiah menarik untuk Kuiz Pra-Terbit Novel Mentua Aku Shogun Tokugawa.  Baca betul-betul ya. Yang ada masalah mata tu, sila ambil kaca mata ya...

1. Menjadi ahli grup Kafe CMV atau NiN

2. Bukan ahli keluarga, sahabat-handai, saudara-mara, adik-beradik kandung, tiri, susuan, satu mak lain ayah, satu ayah lain penaja dan admin kedua-dua grup. 

3. Pemenang dikira berdasarkan jawapan terpantas dan slogan paling menarik

4.Pemenang yang sudah memenangi pusingan pertama tidak layak menyertai pusingan seterusnya.

5. Jawapan mestilah dihantar melalui mesej 'inbox' kepada Monalita Mansor atau Nurhidah Halun

6. Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH PUSINGAN PERTAMA

1. Kain pasang untuk buat baju raya
Inner neck untuk dipakai dengan tudung raya

Pes nasi Arab untuk jamuan pagi raya



NANTIKAN SOALANNYA DI DALAM GRUP KAFE CMV DAN NIN JAM 12.00 MALAM INI.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung