Thursday, 23 January 2014

Minggu Risiko di Dewan Perbankan

Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.

Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman saya.  Minggu-minggu akhir menjelang hari perayaan tidak kisahlah Chinese New Year, Deepavali, Aidil Fitri dan Adha adalah minggu yang sibuk buat kaunter perbankan. Terutama untuk tiga perayaan utama iaitu kerana terdapatnya perkhidmatan menukar wang baru untuk pemberian ang pow dan hong pow. (paket merah dan paket hijau)

Begitu juga dengan servis lainnya. Penghantaran wang ke luar negara, pembayaran gaji dan bonus secara tunai di kaunter, pengeluaran wang dalam jumlah yang besar akan berlaku serentak pada minggu-minggu ini. Maka, anda pelanggan tetap yang menggunakan perkhidmatan kaunter akan merasa sedikit terganggu seperti masa menunggu yang lebih panjang juga kehadiran pelanggan yang meningkat di ruang legar bank.

Nasihat saya;

1. Liarkan mata anda - ada di antara pelanggan yang ramai itu adalah penjenayah yang akan menanti saat dan ketika kelalaian kita.

2. Jika membuat transaksi gaji tunai - bawa teman atau pakai pakaian yang mempunyai poket yang banyak (military trousers).. Elakkan membawa beg tangan berjenama saiz besar atau kecil. Sebaiknya elakkan transaksi tunai. Elakkan memakai tumit tinggi - memang anda akan menjadi perhatian tapi melambatkan anda untuk bertindak seandainya berlaku sesuatu. - Bergaya boleh, biar kena pada tempatnya. 

3. Jika transaksi anda banyak, jangan tinggalkan kaunter. Juruwang berisiko untuk membuat kesilapan disebabkan tekanan emosi apabila minda mereka melihat pelanggan yang ramai. Maka, bantu juruwang tersebut dengan mengira dan menyemak menggunakan panca indera mata anda. (Tak perlulah tolong kira sekali. Kalau nak tolong kira, masuk ke kaunter...mereka lagi suka)

4. Elakkan provokasi pada petugas kaunter.  Kalau ada pelanggan yang merungut tentang servis kaunter, tak perlu anda menjadi tukang tambah kuah. Tekanan akan menimbulkan kecelaruan emosi, baik kepada pelanggan mahupun petugas. 

5. Kalau boleh menggunakan servis online, gunakan servis online untuk urusan pindahan wang, pembayaran gaji (bagi syarikat) dan keluarkan wang pada jumlah yang diperlukan sahaja kerana selain CCTV, jin, ada juga syaitan berupa manusia yang memerhatikan anda. 

Kesimpulannya, ketika musim perayaan begini, kaunter bank adalah tempat yang paling berisiko kerana kemungkin insiden berlakunya rompakan sangat tinggi selain di dalam kedai emas dan kedai pengurup wang. 




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung