Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Kreatif. Bismillah.
Entri ini bukannya mahu menangguk di air yang sedia keruh.
Senario penulisan pop tanah air tercalar lagi dengan kedangkalan tindakan
sesetengah penulis yang menciplak karya penulis sedia ada secara terbuka dan
berani.
Ada beberapa faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyebab. Namun, saya tak mahu menyenaraikannya. Biarlah mereka yang terlibat menjawabnya dengan alasan-alasan mereka.
Ada beberapa faktor yang boleh disenaraikan sebagai penyebab. Namun, saya tak mahu menyenaraikannya. Biarlah mereka yang terlibat menjawabnya dengan alasan-alasan mereka.
Saya ingin mengongsi satu teknik penulisan yang digunakan
oleh penulis ‘Anakku Brain Tumor’. Tapi, saya beritahu, kalau anda penulis yang
nak buku/karya anda keluar cepat, tak perlu sambung baca. Sebab teknik ni agak
Islamik. Apabila memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, ia banyak
menuntut kesabaran.
Beliau memulakan penulisan dengan memilih surah di dalam Al Quran secara rambang. Kemudian, beliau akan membaca surah tersebut dan seterusnya menjadikan surah tersebut sebagai teman, sehingga beliau habis menulis. Begitu – lebih kurang.

Apa yang saya nak beritahu ialah, menulis bukan proses
membakar kek. Membakar kek, siap dibancuh, dibakar boleh siap dalam masa sejam
dua (atau lebih sikit kalau buat kek lapis Sarawak) Menulis memakan masa
bertahun-tahun. Saya ulangi bertahun-tahun. Penulis itu sepatutnya orang yang
penyabar.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D