Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum. Salam Serumahtangga, bismillah.
Masih belum kebah dengan rungutan tentang CDM atau Cash Deposit Machine yang terhegeh-hegeh. Di mana-mana sahaja, terutama ketika kita sedang tergesa-gesa menyimpan duit, mulalah mesej terpapar di dada CDM 'Sila ambil wang anda semula'
Ada yang merungutkan bank itu sendiri. Ada yang merungutkan mesin tak cukup. Ada juga pelbagai rungutan lain. Bagaimanapun malam tadi, saya berlegar-legar di tiga buah bank yang berbeza. Tok rimau, tok monyet dan tok unta. Daripada pandangan saya, masalah mesin deposit tunai sebenarnya adalah bergantung kepada jenis mesin itu sendiri.
Saya melihat mesin deposit yang digunakan oleh bank yang paling banyak mendapat rungutan itu terdiri daripada mesin-mesin yang sudah terkebelakang dari segi fungsi 'scanning' dan 'captured' - nya. Kalau anda tak percaya, silalah buat lawatan sambil belajar dari bank ke bank. Lihat bank mana yang mempunyai barisan yang panjang di mesinnya dan bank mana yang lengang dan tenteram. (walaupun itu bukan 100% ukuran)
Begitupun ada beberapa perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum melakukan simpanan tunai terutama pada waktu yang sibuk.
1. Tulis nombor akaun di atas kertas atau tempat yang mudah dilihat agar mudah anda merujuk ketika sudah tiba di depan mesin. Janganlah bila sampai di depan mesin baru hendak menyeluk telefon bimbit dari dalam beg tangan/poket. Terhegeh-hegeh membuka pin dan 'slide' mencari nombor akaun. - Tindakan yang bakal menerima hadiah makian percuma daripada hamba-hamba Allah yang kurang sabar di belakang anda.
2. Letak tunai yang hendak didepositkan itu di satu tempat khas dan sudah siap dikira. Janganlah dan dan itu juga baru membuka beg tangan, mengira duit dan buat muka tak bersalah sebab anda sebenarnya sudah beratur lama di belakang pengguna sebelumnya kan?
3. Buka kaca mata hitam anda kalau itu melengahkan anda untuk menekan nombor akaun! Aduhai! saya boleh mendengar butang itu ditekan satu demi satu dalam tempoh yang lama semata-mata kerana pandangan tidak jelas sebab mesin berada di kawasan yang agak suram lampunya....Tolonglah!
Akhir sekali, ada baiknya anda rancang transaksi deposit dan gunakanlah transaksi secara online untuk kemudahan anda.
*** *** ***
Ingin mengiklan di rangkaian blog kami? PM saya, Monalita Mansor di facebook atau monalitamansor@gmail.com. Blog rangkaian Akademi Bekerja di Rumah kini mencecah 380 blog dan semakin bertambah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D