Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah
Memandangkan hampir serumpun serai di 'kebun' ayah saya kerjakan, tebas dan alih, maka hari ini bercita-citalah saya untuk memasak gulai masak lemak cili api ayam. Satu penyakit rumpun serai ni, tak boleh dibiarkan sahaja tak berambik, nanti dia merajuk dan pupus sendiri. Ibarat kita manusia, kalau sering dipuji-puji, dibelai insyaAllah, makin marak semangat.
Hari ini, saya berhajat membeli ayam sahaja memandangkan musim tengkujuh. Permintaan ikan menjadi tinggi tetapi pengeluaran tidak dapat ditingkatkan kerana nelayan tidak dapat keluar ke laut. Maka, boleh dikatakan kesemua barangan yang bersumberkan laut, semuanya bermula dengan harga RM10.00 sekilo.
Berbalik semula pada cerita kemancar, pati santan dan kelapa mesin tadi.
Harga pati santan untuk setengah kilo ialah RM3.00 - termasuk bayaran elektrik mesin pemerah santan.
Harga sebiji kelapa yang dimesin ialah RM2.00 - juga termasuk bayaran elektrik mesin kelapa.
Untuk sekuali masak lemak cili api ayam yang enak, kata adik saya, Cik Ina, kita perlukan kemancar - santan cair - (biasanya perahan ketiga atau keempat) yang dimasukkan dahulu untuk melunakkan daging atau memesrakan rasa santan dengan ayam atau daging. Kemudian bila dah menggelegak dan kira-kira empuk, masukkan pati santan.
Kalau kita membeli pati santan yang berharga RM3.00 setengah kilo tu, macam mana nak memisahkan pati dengan kemancar? Wallah hu alam. Sebab biasanya saya tuang sekali dan tambah air, tak kena gaya kuah gulai jadi berketul-ketul.
Tetapi kalau dengan kelapa mesin, sudah tentu kita sendiri yang memerahnya, kita sendiri yang boleh memisahkannya. Dah siap, hampasnya boleh digunakan lagi buat mencuci lantai bilik air. Hah? mana lebih jimat?
Hehe...ini 'stemet' cara saya lah...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D