Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Saya ini Melayu tipikal. Lahir pada awal 70-an dan masuk sekolah pada era 80-an. Di sekolah mata pelajaran yang paling saya menyampah ialah Ilmu Hisab. Sekarang dipanggil Matematik. Tapi saya sayang cikgunya, Cikgu Aminah, sebab dia lembut orangnya.
Saat yang paling 'mengembirakan' ialah ketika menghafal sifir. Siap berlagu-lagu.
"satu kali satu satu,
dua kali satu dua,
tiga kali satu tiga..."
sampai ke sifir dua belas? bayangkan berapa suku kata nak disebut "dua belas kali dua belas, seratus empat puluh empat!"
Ketika itu (rasanya sampai sekarang) kita tidak diberitahu apa keperluan menghafal sifir dan congak ini. Sangka kita, hafal sifir atau mahir mengira hanya untuk lulus periksa. Sampai kepada peperiksaan besar, "tak lulus matematik, tak boleh masuk kelas ni, kelas tu," kata cikgu.
Apabila masuk ke dunia dewasa dan bekerja, barulah saya tahu kegunaan sifir, yang sepatutnya boleh diberitahu awal-awal lagi kepada anak-anak. Hari ini, mari kita beritahu anak-anak.
"Sayang-sayang semua, kalau hafal sifir, mudah nak kira. Kalau pergi mana-mana, tak membazir masa!"
"Macam mana tak membazir masa?"
Situasi 1
"Nak beli kuih sebiji. Kalau mak cik tu kata RM1.20 tiga biji, jadinya jatuh berapa sen sebiji?" Jadinya, keluar aja siling empat puluh sen. Tak perlu mengagau keluarkan duit RM10.00 semata-mata malas dan tak tahu nak kira."
Situasi 2
Pergi pasar malam. Mahu membeli empat bungkus nasi ayam berharga RM4.50. Cepat, gunakan kemahiran congak kita. RM4.50 x2 : RM9.00. 9 x 2, berapa (takkan nak baca sifir 4.5 atau nak kira pakai jari kaki, dan-dan kat situ jugak?)
Jadi, keluarkan sahaja not RM20.00 dan semasa mengeluarkan ia, congak balik berapa sepatutnya baki yang kita dapat balik. Begitu juga kalau kita membayar dengan not RM50.00. Barulah kita dapat menyemak sama ada baki yang diberikan itu betul atau tidak.
Ajar anak-anak sifir dan congak spontan begitu. Sangat berguna. Satu hal lagi, peniaga Melayu mempunyai masalah wang kecil kalau kita membayar dengan not besar. Bukankah membuang masa Maghrib kita untuk menunggu pula dia ke gerai sebelah menukar duit?
Saya mula menggunakan kaedah congak dan sifir semasa bekerja di bank. Ini kerana terpaksa menghafal amaun 'bundle' dan 'stack'. Yang paling saya ingat ialah each RM50.00 stack should contain 20 pieces so the amount should be RM1000.00
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D