Teks : Monalita Mansor
Gambar : Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga. Bismillah.
Semalam atau dulu semalam sahabat saya Siti Nurain mengemaskini status di facebook. Bersusun-susun senarai barang yang nak dibeli. Di belakangnya semua ada perkataan sekolah. Baju sekolah, seluar sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, buku sekolah. Tak ada pun termasuk dalam senarai, beg kerja, seluar kerja, telefon kerja...hihi...
Disember, apa lagi nak-nak pula sudah menjengah hampir pertengahannya. Bagi yang berbonus, alhamdulillah. Bagi yang tidak, terpaksalah berpada-pada mengikat belanja di sana sini. Saya ada satu cadangan mengurangkan kos beli buku. Saya perhatikan, di dalam senarai buku ditulis 'buku tulis garis satu - kuantiti 20 buah jumlah RM16.00. Dicampur gedebuk-gedebak, mencecah juga ratusan ringgit untuk seorang anak sahaja.
Saya tanyakan pada along, mak nampak ada buku coklat (buku tulis) banyak yang along tak gunakan kenapa?
"Kebanyakannya tak perlu dibeli mak. Kalau setakat sebuah dua buku, buka sekolah nanti boleh beli." kata along.
"Apa kata, tahun ni, kita pergi dulu kedai buku sekolah. Ambil senarai buku yang perlu dibeli, kemudian kita bandingkan dengan harga di luar atau semak balik dengan stok buku di rumah. Kalau buku tahun lepas masih berbaki, kita guna buku tahun lepas!"
kata saya. Maka cadangnya, dalam minggu ini, saya akan ke sekolah mereka. Mendapatkan senarai itu, membanding dan kita lihat belanjawan tahun ini, berkurangan atau tidak. Doakan saya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D