Monday, 21 October 2013

Program Pengurusan Kredit AKPK

Teks : Monalita Mansor

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.  Bismillah.

Perlu diingatkan bahawa AKPK hanya menyalurkan khidmat nasihat kewangan dan kaunseling selagi anda belum muflis.  Selepas bangkrap atau muflis, tanggungjawab tersebut akan diambil-alih oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Program ini disediakan untuk semua individu yang merasakan keperluan untuk mengurus atau menstruktur semula kedudukan kewangan berdasarkan beban kredit yang ditanggung.  Para kaunselor AKPK akan duduk berbincang dengan anda bagi menyediakan pelan penstrukturan bayaran semula pinjaman secara peribadi.


  Mereka juga akan berfungsi sebagai perunding atau orang tengah yang akan berbincang dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank Islam, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM dan pengeluar kad kredit/caj yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.


Bagaimanapun, anda hanya akan dibantu seandainya;
  1. Anda mempunyai sumber pendapatan yang positif (tetap dan dipercayai mampu untuk melunaskan hutang tersebut
  2. Pinjaman tidak melebihi 2 juta
  3. Anda BELUM lagi dikenakan tindakan undang-undang atau TIDAK berada di bawah tindakan undang-undang
  4. Anda tidak MUFLIS

Jadi jika anda menghampiri ciri-ciri di atas, bertindak segera dengan mendatangi pasukan AKPK.  Jangan malu kerana ini hanya akan merugikan anda.

sekian

Dua kelas yang masih dibuka sehingga akhir tahun

Kelas Asas Blog dan Penulisan - anda akan didedahkan dengan teknik-teknik pembinaan blog, teknik menulis blog yang digilai pembaca, bermanfaat sekaligus memberi pulangan semula kepada diri anda.

b) Kelas Asas Blog dan Fan Page - untuk suri rumah yang sifar pengalaman berblog tetai berhasrat menjadikan laman blog dan fan page sebagai pemudahcara untuk berbisnes secara serius di laman maya.  Antaranya anda akan diajar membuka kedai online sendiri.

Pendaftaran terus dibuka secara online.  24 Jam Sehari.  7 Hari Seminggu



Kelas dijalankan secara online



Tiada had masa, mengikut keanjalan masa anda



Bimbingan secara terus oleh guru-guru online yang berpengalaman



Seandainya anda berminat, bila-bila masa saya boleh dihubungi melalui 


facebook :https://www.facebook.com/affanazman 
atau e-mel: monalitamansor@gmail.com
atau
tinggalkan link facebook anda di ruangan komen untuk saya hubungi anda semula.


sumber : www.akpk.gov.my 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Tabung